BADAN PENGANJUR
Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi (WARISALAM)
Persatuan Seni Dan Budaya Warisan Melayu Jawi atau WARISALAM adalah sebuah organisi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan sejarah, warisan dan seni budaya Melayu.
Antara aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan adalah seperti kajian dan pameran, kursus-kursus mengenai seni dan budaya melayu, kelas gerak seni melayu dan aktiviti-aktivi yang melibat warisan, seni dan budaya melayu.
Menjadi salah satu badan penganjur yang terlibat secara langsung dalam program JEJAK WARISAN JAWI 1, 2 dan 3.
Program Mimbar Qaseh bersama Majma' Budaya dan Warisan Jawi
Aktiviti rutin yang dijalankan ialah Kelas Gerak Seni Melayu (GSM) iaitu kelas yang memberi tunjuk ajar kepada anak-anak Melayu tentang sejarah, warisan dan seni budaya melayu dan pengamalannya kedalam kehidupan seharian. Antara yang diberi tunjuk ajar seperti seni tari silat melayu, busana melayu, tata tertib dan adab melayu dan banyak lagi. Tujuannya adalah agar seni budaya dan warisan melayu dapat diwarisi turun temurun dan tidak hilang oleh arus modenisasi.
Majma’ Budaya dan Warisan Jawi (Majma’)
Majma' Budaya dan Warisan Jawi (Majma') adalah sebuah entiti yang terlibat dalam pengkajian warisan, sejarah, seni dan budaya Melayu. Telah bergerak aktif semenjak tahun 2003 dan telah menganjurkan beberapa siri program yang berbentuk seminar, lawatan sambil belajar, ekspedisi pengkajian dan juga beberapa siri kursus.
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah :
- Program lawatan sambil belajar dengan kerjasama UIA ke Sabah, Sarawak dan Brunai tentang pengkajian warisan melayu di pulau Borneo, 2003
- Lawatan dan kajian ke selatan Thailand iaitu pengkajian terhadap sejarah tinggalan kerajaan Melayu Fatani di wilayah Yala, Songkla, Fatani dan Narathiwat, 2003
- Program "Seminar Ulamak Berjiwa Panglima" dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, 2003
- Program lawatan dan kajian ke atas kerajaan Melayu Fatani di Thailand, 2009
- Program ekspedisi "JEJAK WARISAN JAWI 1", 2010
- Program "Seminar Bicara UlamaAlam Melayu", Shah Alam, 2010
- Program ekspedisi "JEJAK WARISAN JAWI 2", 2011
- Program "LAWATAN & IBADAH QORBAN Di KEMBOJA DAN VIETNAM", 2012 hingga 2014
- Program ekspedisi "JEJAK WARISAN JAWI 3", 2012 hingga 2014
- Program "MIMBAR QASEH" bersama WARIS ALAM
Blackwind Adventure Team (B.A.T)
Blackwind Adventure Team (B.A.T) adalah sebuah organisasi yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti pengurusan acara dan "adventure event".
Berdaftar di bawah ROB dan MOF dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti :
- Kursus Pemanduan 4x4 (Asas, Intermediate dan Advance)
- Kursus-kursus motivasi
- Trip-trip 4x4 Overland samada dalam negeri hingga ke luar negara. Antaranya Overland Trips Jejak Warisan Jawi Malaysia, Jejak Warisan Jawi 1 dan Jejak Warisan Jawi 2.
- Sukan basikal lasak (Mountain Bikes Event)- antaranya Mat Kilau MTB Action - Series 2014
- Menyediakan pengangkutan 4x4 untuk program CSR, khidmat masyarakat dan bantuan kemanusiaan
Terlibat dalam program Jejak Warisan Jawi sebagai penganjur dan juga konsultan dalam menyediakan kemudahan pengangkutan kepada program tersebut.
Keterangan lanjut boleh lawati halaman ....
www.projekblackwind.blogspot.com
SOKONGAN DAN PENAJAAN JEJAK WARISAN JAWI 2
-Terima Kasih Daun Keladi-
Sokongan
Sokongan yang di terima :
- TAN SRI DR RAIS YATIM , Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, 2011
- DATO' ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM, Kelab Putra 1 Malaysia
- Radio dan Television Malaysia (RTM)
- Tourism Malaysia
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
- Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
- Universiti Kuala Lumpur Malaysia (UniKL)
- Lembaga Zakat Selangor
- YAPIEM
- Akhbar Utusan Malaysia
- BERNAMA
- Radio 24 Bernama
- Duta Malaysia, Vietnam
- Duta Malaysia, Cambodia
Penaja Utama
Terima kasih tidak terhingga kepada :
- DATO' AMANULLAH MOHAMED YUSOOF, Syarikat Systematic Conglomerate Sdn Bhd
- Max Oil and Lubricants Malaysia
Lain-lain Penaja
Ucapan setinggi terima kasih kepada :
- Intelekta Sdn. Bhd
- DeWarisan Holding Sdn Bhd
- Triangle Quest Sdn Bhd
- Precession Tool Tack Sdn Bhd
- Aga Touch Sdn Bhd
- Adri & Co
- dan semua syraikat-syarikat lain dan individu-individu yang telah menyumbang yang tidak dapat disenaraikan disini satu persatu