Sokongan, Penajaan dan Rakan Kerjasama

Bagi merealisasikan program JWJM4 ini, pihak JWJ memerlukan perbelanjaan yang besar iaitu hampir RM2 Juta maka sumbangan dan kerjasama dari pelbagai pihak adalah amat dialu-alukan.

Mengimbau pencapaian program JWJ ini, pada tahun 2011 JWJ2 telah mendapat perhatian masyarakat Malaysia apabila program telah mendapat liputan RTM melalui slot khas dalam Berita RTM yang di siarkan pada waktu prima setiap hari selama 25 hari.

Program JWJ2 juga diberi penghargaan untuk bersiaran pada setiap hari di Radio 24 Bernama melalui sesi wawancara (perbualan telefon) secara “live” setiap pagi.

Disamping mendapat liputan dari media elektronik, berita tentang JWJ2 juga disiarkan oleh rakan media rasmi JWJ pada ketika itu iaitu Bernama dan Utusan Malaysia pada setiap hari dalam keluaran mereka untuk selama 25 hari.

Melalui program JWJ ini, sebuah buku yang mencatatkan hasil kajian dan trevelog perjalanan JWJ telah berjaya di terbitkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ditulis oleh ahli ekspedisi JWJ sendiri iaitu Sdr Herman Abdullah yang berjudul “KIAS TERSIRAT - Perantauan bertemu Melayu & Islam di dunia Melayu Benua”.

Berdasarkan misi yang cuba digarap dan dicapai serta publisiti yang bakal diperolehi , pihak JWJ berkeyakinan tinggi bahawa program ini akan mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Program yang bersifat internasional ini  bakal membuka lembaran sejarah baru Malaysia dalam arena pengembaraan berkenderaan, persembahan budaya dan juga misi kemanusiaan. Justeru itu pastinya semua pihak tidak akan melepaskan peluang untuk bekerjasama dan menjadi rakan dalam bersama-sama menjayakan program JWJ ini seterusnya bersama-sama mencipta rekod dalam lipatan sejarah tanahair.

Pembayaran tajaan dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun program :

PERSATUAN SENI DAN BUDAYA WARISAN MELAYU JAWI (WARIS ALAM)

3-9883032-21

Alamat bank :

PUBLIC BANK BERHAD

No 2 Jalan Sepadu B 25/B, Tmn Perindustrian Axis Seksyen 25,

Taman Sri Muda

40400 Shah Alam Selangor

 

    * Nama

    * Nama Badan/Pertubuhan/Syarikat

    * Alamat

    * Email

    * No. Telefon

    * Jumlah Penajaan (RM)

    * Keterangan Transaksi