• Sticker kereta JWJ4-M1
  • Balai Nobat Alor Setar
  • Dihadapan balai nobat
  • Persembahan kompang
  • Di hadapan Kolej Insaniah
  • Di Muzium Diraja Kedah
  • Sumbangan hadiah
  • Tari silat
  • Kenderaan konvoi JWJM4-M1
  • Barisan 4x4
  • Banner JWJM4-M1
  • Bersama penghuni Darul Hanan
  • Bergambar bersama penghuni Darul Hanan
  • Istiadat perkahwinan
  • Bersama Maahad Tahfiz Al Firdausi
  • Keratan Akhbar mengenai JWJM4-M1
  • Menyampaikan hadiah
  • Konvoi JWJM4-M1 ke Hari Melayu
  • Konvoi JWJM4-M1 di Hari Melayu
  • Bersama media di Hari Melayu
  • JWJM4-M1 di Hari Melayu

Pada 10hb Disember 2016, program JWJM4-KL~Jeddah yang di anjurkan oleh Persatuan Seni Budaya dan Warisan Melayu Jawi (WarisAlam) dengan kerjasama Majmak Budaya dan Warisan Jawi dan Blackwind Adventure Team telah melaksanakan siri 1 jelajah Malaysia meliputi Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah sebagai persediaan awal sebelum melakukan jelajah sebenar ke 16 buah negara pada tahun 2017 nanti.

JWJM4-M1 kali ini membawa misi yang sama iaitu seni dan kebudayaan, kemanusiaan, kebajikan, pendidikan dan sejarah. Siri jelajah Malaysia ini dilaksanakan dalam tempoh 3 hari bermula pada 1ohb Disember di Gombak menuju ke Benta, Pahang untuk persembahan seni dan budaya sebelum ke Tapah, Perak untuk  misi kebajikan.

Flag off untuk siri jelajah JWJM4-M1 telah dilakukan oleh Pengerusi Waris Alam iaitu Saudara Tengku Azmi bin Tengku Muda. Sebanyak 6 buah kenderaan 4x4 telah digunakan. Seramai 5 orang ahli persembahan budaya dan 4 orang penuntut universiti dari UIA, UiTM dan Politeknik Sultan Salahuddin telah turut serta dalam menjayakan program ini.

Destinasi pertama konvoi adalah di Benta, Pahang untuk mempersembahkan adat tradisi perkahwinan melayu yang disajikan dengan persembahan kompang, perarakan pengantin dan persembahan silat tari. Seterusnya konvoi bergerak menuju ke perkampungan orang asli dan Maahad Tahfiz Al-Firdausi di Tapah, Perak di mana ahli-ahli ekspedisi akan menyampaikan sumbangan dan sesi motivasi kepada para pelajar Maahad Tahfiz Al-Firdausi.

Dalam suasana hujan lebat, konvoi meneruskan perjalanan menuju ke rumah orang-orang tua ASNAF di Kepala Batas, Pulau Pinang. Namun, perjalanan ekspedisi terpaksa mengambil masa hampir 8 jam untuk sampai ke destinasi disebabkan kesesakan lalulintas yang berlaku disebabkan cuti panjang sempena cuti Maulidur Rasul. Konvoi JWJM4-M1 hanya sampai di destinasi pada jam 3 pagi. 

Keesokannya, JWJM4-M1 telah bersama-sama dengan penghuni rumah orang-orang tua Darul Hanan, Pulau Pinang berjemaah subuh dan sesi tazkirah yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Program, Ustaz Zaid Muhammad Mohd Rais. Para penghuni juga telah dijamukan dengan persembahan kompang dan silat tari oleh ahli persembahan dari persatuan Waris Alam.

Seterusnya konvoi JWJM4-M1 meneruskan perjalanan ke Kolej Universiti Insaniah Alor Setar, Kedah untuk sesi bedah buku "KIAS TERSIRAT" oleh ahli ekspedisi dan juga penulis buku Saudara Herman Bin Abdullah. 

Selesai majlis bedah buku di Kolej Universiti Insaniah, konvoi bergerak terus untuk membuat penyelidikan dan kajian mengenai Nobat di Alor Setar Kedah dan selepas itu ahli-ahli ekspedisi terpaksa berpatah balik ke Kuala Kangsar Perak untuk jemputan ke Hari Melayu Sedunia di sana pada keesokan harinya. Program JWJM4-m1 selesai di majlis sambutan Hari Melayu Sedunia di Kuala Kangsar.