Tachileik, Myanmar

14hb Jun 2011, Selasa - Konvoi tiba di pintu sempadan Mae Sai, Thailand kira-kira jam 3.30 petang dan harus menyeberangi ke Tachileik, Myanmar hanya dengan berjalan kaki kerana pekan tersebut terletak bersebelahan pintu sempadan, Thailand-Myanmar.

thai-mae sai

Pekan Mae Sai yang bersempadan dengan Tachileik

Anggota JWJ2 akan berada di pekan Myanmar ini sekadar beberapa jam sahaja dan memang dari awal lagi perancangan ke Myanmar sebegitu kerana negara ini merupakan satu-satunya negara yang tidak membenarkan langsung kenderaan negara asing memasuki negara mereka.

myan-border

Pintu sempadan Myanmar

Kenderaan 4x4 ekspedisi JWJ2 terpaksa diletakkan di sebelah sempadan Thai dan anggota konvoi harus bergerak dengan berjalan kaki. Tambahan pula pintu masuk ke Tachileik ini mengenakan syarat meninggalkan posport di pos imigresen mereka dan membawa pas masuk sempadan sementara yang dikeluarkan oleh mereka dengan bayaran THB500 atau RM50.00.

myan-permit

Permit masuk sementara

Ini kemungkinan kerana pihak Myanmar tidak mengizinkan rakyat negara asing untuk melepasi ke China melalui Tachileik yang berjarak kurang dari 100 km sahaja.

myan-bandar

Pekan Tachileik yang terletak di Golden Triangle

Anggota konvoi tidak melengahkan masa, terus berjalan kaki kira-kira 15 minit untuk melawat masjid Nur Islam dan beramah mesra dengan imam mesjid tersebut iaitu Ustaz Amanullah Jamalludin.

myan-berjalan ke masjid

Berjalan kaki ke masjid

myan-pintu masuk masjid

Pintu masuk ke masjid Nur Islam di Tachileik

myan-masjid full

Masjid Nur Islam

myan-imam bercerita

Imam masjid yang fasih berbahasa Melayu

myan-mejid gambar

Wajah masjid dahulu dan sekarang di dalam foto

myan-cenderahati

Bergambar bersama Imam

Semasa konvoi tiba tadi kedengaran beberapa kanak-kanak bermain di bawah perkarangan mesjid, ini mungkin kerana di kawasan ini sukar mendapatkan kawasan untuk kanak-kanak bermain. Anggota konvoi sempat bemesra dengan mereka.

myan-budak1

Bergambar bersama anak-anak muslim di masjid

myan-anak2

Anak muslim yang bermain di masjid

Selesai sahaja urusan di masjid, konvoi sempat melawat ke pasar di pekan Tachileik sebelum keluar dari Myanmar pada jam 6.00 petang.

myan-sungai

Sungai yang memisahkan antara Tachileik (Myanmar) dan Mae Sai (Thailand)

Konvoi hanya berada sebentar di negara Myanmar akan tetapi telah memenuhi hasrat seperti yang dirancangkan terlebih awal. Seterusnya konvoi akan kembali semula ke Thailand meneruskan ke lokasi selanjutnya sebelum pulang ke Malaysia dalam jangka masa beberapa hari sahaja.

myan-pintumasuk

Selamat tinggal Myanmar

[Berita menarik di Utusan : Myanmar negara terakhir dilawati JWJ2]

Akha Hill, Thailand

14 hb Jun 2011, Selasa - Konvoi keluar dari Tachileik, Myanmar pada petang hari yang sama dan menuju semula ke Chiang Rai, kali ini bukan untuk bermalam di sana tetapi sekadar makan malam dan menanti seorang penunjuk arah jalan konvoi ke lokasi seterusnya.

thai-chrai-makan

Makan di restoran Islam

Selesai makan di sebuah restoran muslim, konvoi bergerak pada jam 8.30 malam menuju ke kawasan pengunungan yang terletak kira-kira 27 km dari Chiang Rai. Konvoi akan bermalam di sana, di kawasan orang bukit suku kaum Akha, di Akha Hill House.

Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam melalui jalan kampung dan kemudian memasuki jalan off-road mendaki bukit bukau untuk menuju ke lokasi. Kebanyakkan kenderaan konvoi terpaksa mengunakkan gear 4x4 untuk memastikan kenderaan boleh memanjat jalan bukit yang curam lagi tinggi.

Konvoi selamat tiba dalam kegelapan akan tetapi hanya 3 buah kenderaan sahaja yang mampu parking di kawasan penginapan kerana kawasan letak kenderaan di Akha Hill House terlalu sempit. Selebihnya, kenderaan terpaksa diletakan dikawasan letak kereta yang disedia iaitu di kaki bukit Akha Hill House. Lebihan anggota JWJ2 yang lain terpaksa menaiki pick-up untuk sampai ke resort orang bukit ini.

thai_chen rai

Chalet kami...betul=betul tepi pergunungan

thai-akha-org

kraftangan hasil kerja tangan orang asli Ahka

thai-org akha

Orang asli suku Akha berkain batik

Setelah masuk ke bilik dan mandi, tiba-tiba anggota konvoi digemparkan dengan jeritan anggota JWJ yang lain. "Tokek! Tokek!"...maka malam itu kami seolah-olah berpesta mencari cicak tokek yang dikatakan amat tinggi nilainya dipasaran untuk kajian dan digunakan sebagai antibiotik atau penawar HIV. Rupa-rupanya di Akha Hill House Resort ini memang menjadi habitat haiwan ini. Kedengaran bunyi cicak tokek di merata-rata tempat seolah-olah memanggil utuk kami menangkapnya tetapi bukanlah mudah untuk menangkap haiwan ini. Ianya menjadi satu pengalaman yang menarik dan serba sedikit menghilangkan penat lelah kami selama 2-3 hari ini.

thai-toket

Toket yang terdapat di kawasan pergunungan ini

Sementara itu anggota JWJ yang lain kelihatan bersembang sambil menikmati hidangan kopi panas sambil menikmati permandangan pergunungan yang indah berlampukan cahaya bulan yang cukup terang.

15 hb Jun 2011, Rabu - Seawal jam 7.00 pagi lagi, terdapat juga anggota JWJ yang berjalan kaki ke kawasan  air terjun yang terletak berhampiran di resort ini. Sungguh sejuk dan nyaman bermandi manda di sini.

thai-chiangrai-airterjun

Air terjun di Akha Hill

tha-akhahill all

Bergambar di Akha Hill House sebelum pulang

Selesai mandi dan makan pagi yang di masak sendiri, para anggota sibuk melakukan sessi pengambaran oleh pihak RTM1 yang telah bersama awal ekspedisi ini bermula.

thai-akha pengambaran

Pengambaran RTM

thai-akhahill-movie

Memang di sini, di Akha Hill ini telah di rancang untuk konvoi JWJ2 berehat dan memenuhi pemintaan pihak crew RTM agar boleh diadakan rakaman dalam suasana yang tenang tanpa kelam kabut setelah selama berbelas hari hanya mengejar masa dalam kenderaan sahaja.

Selesai sahaja sessi rakaman, para anggota telah pun siap untuk "check-out" dan turun dari kawasan penginapan menuju semula ke tempat parking kenderaan. Jalan turun ke tempat parking memang curam walaupun berjarak hanya 700 meter sahaja dan kecerunannya tidak terasa oleh kami semasa mendaki di waktu malam. Ada yang memulakan dengan berjalan kaki dan ada juga para anggota menanti peluang menaiki pick-up.

thai-akha-parking

kawasan parking

Ketika menuruni cerun yang curam ini, kenderaan pick-up yang membawa anggota kami telah membelok dengan agak laju dan telah terlanggar tebing yang mengakibatkan ianya terbalik dan kesemua penumpang yang menaiki pick-up tersebut telah tercampak jatuh ke tanah.

 

tha-akhahill mangsa2

Mangsa yang tersungkur

thai-akhahill jatuh

Tempat jatuh lagi dikenang

Anggota medic bergegas menghampiri mereka semua........ nasib di sebelah mereka, mereka semua terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Apa pun ianya menjadi satu pengalaman yang cukup panik bagi mereka yang terlibat.Namun peristiwa tersebut di akhiri dengan gelak ketawa tanda seronok kerana pengalaman hempap menghempap. Alhamdullillah....

thai-akhahill hahahha

Yang menyaksikan kejadian

thai-akhahill magsa teruk

Mangsa yang paling teruk

thai-akhahill-hihihih

Sendiri jatuh dan sendiri ketawa

Setelah konvoi kembali tenang, kesemua kenderaan bergerak keluar dari kawasan pergunungan tersebut menunju ke lokasi seterusnya, Chiang Mai.

thai-akha-4x4

thai-akha-offroad1

keluar dari kawasan orang bukit Akha

 

Chiang Mai, Thailand

Konvoi menjejakkan kaki di bandar Chiang Mai agak lewat petang dan para peserta ekspedisi mengambil kesempatan untuk cepat-cepat check-in dan bersiap sedia untuk keluar semula bersiar di bandar Chiang Mai. Inilah masa untuk mereka membeli sedikit cerderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti. Walaupun telah banyak tempat mereka jelajah tetapi peluang seperti ini jarang-jarang mereka perolehi. Chiang Mai amat terkenal dengan 'night market' nya sepanjang 5 km dan mereka tidak mesia-siakan peluang yang mereka perolehi ini.

thai-chmai-nightthai-chmai-pasarmlm

'Night market' di Chiang Mai

Memang jelas ketara, ramai yang cuba menghabiskan wang saku membeli belah T'hirt, kain sutera Thai dan pelbagai barangan lagi untuk di bawa pulang untuk orang tersayang. Yang menarik, ramai tertumpu pada salah sebuah gerai menjual kain sutera Thai milik orang Melayu Islam.

Anggota konvoi hanya berkumpul dan bersua kembali di esok harinya, bersiap sedia mengorak langkah pulang ke Malaysia dan bakal mengharungi lebih 1700 km di jalanraya Thailand.

16 hb Jun 2011, Khamis - Sebelum keluar dari bandar Chiang Mai, konvoi sempat membuat lawatan rasmi ke sebuah masjid keturunan Cina di sini.

thai-bangkok-mesjid3thai-chiangmai-imamthai-chiangmai-cenderahatithai-chiang mai-masjid

Lawatan ke masjid dan beramah mesra

Beramah mesra dengan kariah di situ yang sedang sibuk membuat persiapan perasmian bangunan baru masjid tersebut yang akan di adakan pada jam 3.00 petang nanti.

thai-chmai-gotongthai-bangkok-sup

Masakan sup istimewa hidangan untuk majlis perasmian

Pihak pengurusan masjid memperlawa untuk kami turut serta dalam program mereka namun kami  terpaksa menolak perlawaan mereka atas faktor masa. Namun begitu, anggota ekspedisi sempat dijamu dengan kue tiaw goreng bagi mengalas perut.

thai-bangkok-mesjidmakan

Makan kue-teow goreng sajian pihak masjid

thai-chiangmai-wajah2

wajah di sekitar luar perkarangan masjid

thai-chiangmai-bantuan

Sekadar memberi sedikit sumbangan oleh ahli konvoi

thai-chiangmai-peniaga sekitar

Gerai jualan makanan muslin di luar perkarangan masjid

Konvoi kemudian singgah sebentar di kedai radio amatur, melihat kemungkinan harga di sini lebih murah dari Malaysia. Nampaknya kaki-kaki radio amatur yang bersama konvoi tidak melepaskan peluang memborong handy dan peralatan yang benar-benar murah harganya berbanding di Malaysia. Ramai tersenyum riang kerana telah memiliki handy masing-masing atas usaha bantuan seorang rakan radio amatur warga Chiang Mai yang berbangsa Melayu..

thai-chiangmai-rakan handythai-chiangmai-kereta

Rakan radio amatur di Chiang Mai

thai-chmai-handyshop

Di kedai radio amatur

"hello, hello...testing..testing..panggil..panggil....Hahahaa..."

thai-beli handy

Gembiranya dapat beli handy murah

Akhirnya konvoi keluar dari bandar Muang Chiang Mai setelah jam 4.30 petang.

 

               

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *