Objektif
Di antara objektif Jejak Warisan Jawi (JWJ) :
- Menjejak dan meneroka sejarah baru bangsa Melayu dan kesinambungan tinggalannya.
- Mengkaji dan mendokumentasi serpihan sejarah dan kebudayaan serta jatidiri bangsa Melayu di nusantara untuk rujukan generasi akan datang.
- Menziarahi dan memberikan bantuan hasil sumbangan kebajikan dari derma rakyat Malaysia kepada masyarakat Melayu yang kurang bernasib baik.
- Menyampaikan zakat, fidyah dan akikah oleh rakyat Malaysia kepada penduduk Melayu di tempat-tempat yang dilawati.
- Menjalin kembali ikatan perhubungan sesama bangsa dan memperingat kembali kebudayaan dan adat resam yang telah terpisah antara sempadan
- Memperkenalkan, mempersembahkan dan menghidupkan kebudayaan Melayu serumpun kepada masyarakat Melayu di semua negara yang dilawati.
- Menyemai semangat keinsafan betapa perlunya mengekalkan kebudayaan dan adat resam untuk meningkatkan jatidiri para peserta demi kebaikan bangsa agama dan tanah air.
- Mengadakan majlis interaksi dengan penduduk setempat dan bertukar-tukar pandangan.
- Bertindak sebagai duta pelancongan dan memperkenalkan produk pelancongan Malaysia bagi menarik pelancong asing ke Malaysia.
Pelancaran JWJ2
"BUDAYA SEMARAKAN IKATAN"
Jejak Warisan Jawi 1
Jejak Warisan Jawi atau JWJ bermula dengan langkah pertama pada tahun 2010 dengan pengembaraan ke utara Thailand menuju ke Ayuthaya. Dengan menaiki kenderaan sebanyak 6 buah 4x4, ekspedisi mengharungi perjalanan sejauh lebih dr 4,000 km. Antara tempat persinggahan adalah ke beberapa buah penempatan Melayu Islam di Thailand seperti Satun, Pulau Koh Klang, Phuket dan perkampungan Melayu Islam di Muang Kluang, Ranong Thailand. Program JWJ 1 ini diisi dengan persembahan kebudayaan seperti silat tari, berzanji dan pukulan kompang. Selain dari itu sumbangan juga di sampaikan kepada golongan fakir miskin di tempat-tempat yang disinggahi hasil sumbangan yang diperolehi dari rakyat Malaysia sebelum ekspedisi.
Kajian dilakukan melalui pemerhatian dan pergaulan dengan masyarakat yang di lawati.
Tiada arak di Muang Kluang, Ranong
Phra Nakhon Si Ayutthaya
Kitab berusia lebih 100 tahun di Masjid Ayuthaya
Persembahan marhaban dan berzanji
Tari silat, di Pulau Koh Klang
Majalah Realiti
Link :
Kosmo - Jejak Melayu-Indo China
Jejak Warisan Jawi 2
JWJ1 telah memberi banyak pengalaman kepada team JWJ maka kami telah membuat keputusan pada tahun 2011 untuk melebarkan jarak ekspedisi kami ke 7 buah negara meliputi Malaysia, Thailand, Cambodia, Vietnam, Laos, China dan Myanmar.Ekspedisi yang mengambil masa selama 25 hari ini akan merentasi jarak lebih dari 12,000 km dengan menaiki kenderaan 10 buah kenderaan 4x4 dengan jumlah peserta seramai 32 orang. Program pada kali ini telah mendapat banyak penajaan dan sumbangan dari pihak kerajaan, swasta dan orang ramai.
Pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Malaysia (KPKK) dibawah menterinya Datuk Paduka Dr Rais Yatim telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi bagi meneruskan program yang kami mulai pada tahun 2009 yang lalu. Tidak juga di lupakan dari Kelab Putra 1 malaysia di bawah Datuk Azeez bin Rahim, Lembaga Zakat Selangor (LZS), International Islamic University Malaysia (IIUM), Universiti Multi Media Malaysia, UniKL, syarikat-syarikat swasta dan rakyat Malaysia telah memberi sokongan penuh dalam menjayakan projek pada kali ini.
Program kali ini, kami ditemani 2 wartawan dari Utusan Malaysia dan BERNAMA disamping mendapat liputan khas dari pihak Radio Televisyen malaysia (RTM) dan Radio BERNAMA. Mereka akan membuat liputan setiap hari melalui Berita TV1, Radio BERNAMA, akhbar Utusan Malaysia dan juga BERNAMA.
Objektif program masih lagi dikekalkan malahan ianya menjadi cabaran bagi kami untuk menjayakannya kerana laluan kali ini lebih jauh, lebih mencabar dan lebih memerlukan kekuatan mental dan fizikal bagi semua ahli ekspedisi untuk meneruskan perjalanan dan kembali ke tanah air dengan selamat. Dengan tema "BUDAYA SEMARAKAN IKATAN" ekspedisi ini bukan bertujuan untuk melancong tetapi mempunyai motif untuk mengeratkan ikatan persaudaraan sesama rumpun bangsa melalui seni dan budaya.Sumbangan berbentuk barangan dan kewangan (zakat dan derma) juga akan disalurkan kepada saudara-saudara kita yang amat memerlukan.
Link :
Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Malaysia (KKMM)
Utusan Online (Utusan Malaysia)
Jejak Warisan Jawi 3
JWJ3 kali ini amat berlainan dengan JWJ1 dan JWJ2 di mana kami tidak lagi menggunakan kenderaan 4x4 sebagai medium untuk sampai ke setiap destinasi yang kami rancangkan. Dalam program JWJ3 pada kali ini, kami terpaksa menggunakan medium pengangkutan lain seperti kapal terbang, feri, keretapi dan kenderaan masyarakat tempatan untuk menjayakan misi kami.
Manakala, objektif program lebih kepada menekankan untuk menggali segala maklumat berkenaan dengan masyarakat Melayu dan Islam. Cara hidup, amalan beragama, seni dan kebudayaan menjadi tujuan utama dalam pengkajian pada kali ini.
Perjalanan kami merangkumi ke Pulau Bintan, Riau Lingga dan Pulau Penyengat manakala di Banjarmasin ke beberapa tempat sejarah seperti makam Sheikh Muhammad arsyad Al banjari dan Sheikh Muhammad Nafis.
Di Sumatera, kami membuat kajian berkenaan asal-usul silat seperti di Kemango, Terlak dan Lintau.
Foto di Pulau Bintan, Riau Lingga dan Pulau Penyengat
Daun Cogan di Pulau Bintan
Makam Sheikh Muhammad Nafis Al Banjari, Banjarmasin
Makam Sheikh Muhammad Arshad Al Banjari, Banjarmasin
Kitab lama di Riau
Masjid berusia 600 tahun, di Sumatera
Muzium Riau-Lingga
Link :