Diari JWJ1

Ekspedisi JWJ 1

Ekspedisi yang julung kali telah berjaya di laksanakan pada bulan Februari 2010, JWJ1 telah berjaya merentas sehingga ke Ayuthaya, Thailand. Laluan EKSPEDISI JWJ1 bermula dari Klang, Selangor sehinggalah ke Ayutthaya, Thailand dan melalui jalan pantai barat Thailand yang memakan masa selama 12 hari dan perjalanan sejauh lebih dari 4,000 kilometer dengan mengunakan 6 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND ADVENTURE TEAM. Para peserta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan berjumlah seramai 22 orang termasuklah 2 orang pemberita dari BERITA HARIAN telah berganding bahu menjadikan EKSPEDISI JWJ1 telah mencapai tujuan seperti yang dirancangkan.

Semenanjung ke Ayutthaya
Mukadimah

12hb Feb – 21hb Feb 2010, menjadi satu tarikh program kebudayaan dan kemasyarakatan yang dipanggil ‘Jejak Warisan Jawi‘ atau singkatanya JWJ. Perjalanan JWJ pada kali ini iaitu bermula dari Kelang, Selangor melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah lalu Dannok, Krabi, Koh Klang, Phuket, Muang Klang, Rannong, Prachuap Kiri Khan, Ayutthaya, Bangkok dan seterusnya kembali ke Malaysia melalui pintu sempadan yang sama iaitu Bukit Kayu Hitam.

klang3
Sembang-sembang sebelum JWJ1 bermula

Penggunaan kenderaan pacuan emapat roda seperti Mitsubishi Pajero sebanyak 6 buah. Peserta seramai 22 orang terdiri daripada pelbagai latarbelakang, ada diantaranya penjawat awam, profesional, pihak swasta dan termasuk wartawan dari akhbar perdana iaitu Berita Harian. Perjalanan JWJ ini memakan masa selama 12 hari dan berjarak sejauh 4000 kilometer.

klang2
Semua sudah bersedia

Misi dan visi program JWJ ini dijalankan adalah dengan minat yang sama dikalangan peserta rombongan JWJ iaitu ingin mencari dan bertemu dengan saudara-saudara sebangsa Melayu dan seagama Islam, cuba memahami cara kehidupan mereka di negara jiran Thailand, menjalinkan semula ikatan hubungan sesama bangsa melalui perkongsian budaya seperti persembahan kompang, silat, berzanji serta menghulur sumbangan seperti pemberian zakat, aqiqah dan derma kepada masyarakat yang memerlukan di sana. Hasil kerjasama dengan badan-badan seperti Zakat Selangor serta pihak swasta lain.

klang4
Antara pakaian yang akan di bawa bersama untuk sumbangan

Hari Pertama

Bermula jam 10 malam, bertempat di Restoran Semenanjung yang terletak di Taman Selatan Kelang, Selangor para peserta rombongan berkumpul. Ada yang ditemani oleh sanak keluarga dan juga sahabat handai. Selepas menjamu selera, bacaan doa dimulakan oleh Ustaz Zaid Mohammad selaku ketua ekspedisi JWJ kali ini. Setelah itu, bersalam-salaman sesama ahli keluarga serta sahabat yang akan ditinggalkan oleh peserta rombongan selama 12 hari.

klang1
Briefing terakhir sebelum bergerak

Suasana sebak sedih bercampur bangga gembira menjadi iringan doa kepada para peserta rombongan JWJ. Konvoi pacuan roda 4 X 4 sebanyak 6 buah semuanya mula bergerak dari Kelang melalui Lebuhraya Utara Selatan PLUS dengan mengunakan komunikasi radio amatur berfrekuensi 146.800mhz. Sepanjang perjalanan para peserta menganjurkan berbagai slot termasuk slot suai kenal dengan lebih rapat antara satu sama lain.

Jam 4 pagi konvoi berhenti di Hentian Rehat Bukit Merah, Perak untuk menyegarkan diri serta mengisi minyak kenderaan. Sebelum itu pun konvoi berhenti di Hentian Rehat Tapah untuk mengopi serta berhajat kecil.

Hari Kedua

Setibanya jam 8 pagi di pintu sempadan Malaysia – Thailand iaitu Bukit Kayu Hitam, kenderaan JWJ berhenti untuk urusan Imegresen. Di sinilah bermulanya cabaran atau masalah yang dihadapi oleh 2 buah kenderaan konvoi JWJ, di mana kedua-duanya tanpa sedar tidak mempunyai cukup dokumen untuk dibawa menyeberangi sempadan antara dua buah negara.

Maka para peserta rombongan pun tersangkut dan tersadai di sekitar pekan Dannok lebihkurang 5 jam. Ada yang bersiar-siar deretan kedai ‘buah-buahan yang boleh dimakan’ dan ada juga ‘cuci mata’ di sekitar kedai ‘buah yang tak boleh dimakan’. Segelintir lagi duduk makan tidur-makan tidur di sebuah restoran tomyam. Akhirnya melalui perbincangan beberapa wakil rombongan yang dilantik untuk menyelesaikan permasalahan itu, maka cukup bersyukur, berjaya juga diselesaikan masalah tersebut.
Dalam tenang menghadapi halangan di sempadan

Cukup drastik sekali, dengan memerlukan komunikasi dengan pihak di Kuala Lumpur mengunakan perkhidmatan telefon dan fak di pekan Dannok, Thailand. Selesai pun dah waktu petang, sekali lagi pihak rombongan membuat keputusan tegas terpaksa konvoi bergerak sebelah malam itu juga menuju ke Koh Klang bagi memenuhi jemputan kenduri masyarakat melayu di pulau tersebut.

Difahamkan satu majlis kenduri telah disediakan oleh penduduk pulau itu. Agak lewat konvoi sampai di Krabi sebelum menaiki bot ke Koh Klang. Setibanya di sana para peserta rombongan JWJ yang mulanya agak keletihan seolah-olah hilang penat bila disambut oleh para penduduk pulau Klang denganjamuan kenduri masakan tradisional melayu Koh Klang itu. Antara menunya gulai lemak terung belanda, ikan kering beserta ulam-ulaman dan tidak sah sambal belacan pedas tahap wow!!!.

Hari Ketiga

Masih di Koh Klang, sekitar jam 9 pagi sesudah sarapan para peserta dikunjungi oleh para penduduk pulau beramah mesra. Para peserta rombongan juga telah bermalam di homestay bersama keluarga angkat masing-masing.
Hidangan yang di sediakan untuk JWJ
Makanan tradisonal di sini dengan rumpai laut

Majlis pertukaran budaya telah dianjurkan sebagai satu tanda menjalinkan hubungan masyarakat melayu Koh Klang dengan wakil masyarakat melayu Malaysia. Acara persembahan Kompang dan Silat oleh peserta rombongan JWJ telah disambut dengan juga seni silat tari melayu yang masih ada di pulau berkenaan.

Sarapan pagi di gerai dalam kampung
Pasukan kompang kita
Penduduk kampung menanti persembahan dari JWJ
Sungguh cerianya penduduk kampung

Selain juga satu persembahan lagu rakyat masyarakat Koh Klang dialunkan oleh seorang warga emas. Kemudian bacaan watikah dari pihak JWJ oleh saudara Zainon Hasan serta ditutup majlis tersebut dengan pemberian sumbangan zakat, aqiqah dan derma kepada penduduk miskin pulau berkenaan.
Persembahan dari JWJ
Persembahan silat tari dari anak-anak kampung
Bergambar bersama dengan penduduk

Peserta rombongan kemudianya di bawa melawat sangkar ikan serta menyusuri kehidupan paya bakau di sekitar pulau tersebut. Sungguh cantik dan mengasyikkan. Keunikan Koh Klang ini iaitu kesepakatan penduduk pulau yang enggan menerima cadangan pihak berwajib sektor pelancongan Thailand untuk menaik taraf jalan-jalan seluruh pulau. Ertinya pihak penduduk pulau berhati-hati dalam memajukan sektor pelancongan pulau itu, mereka juga masih menitikberatkan faktor kesan sosial kepada budaya melayu tidak tercemar disamping mengharamkan sebarang bentuk minuman keras dan makanan haram di bawa masuk oleh para pelancong asing ke pulau itu. Malahan ketika tragedi tsunami yang melanda pulau-pulau di Thailand, Koh Klang antara yang terselamat.
Melalui sungai dan pohon-pohon bakau

Hari Keempat

Setelah keluar dari Koh Klang, rombongan konvoi meneruskan lagi perjalanan Ekspedisi Semarakkan Budaya Melayu sempat melawati pulau Panyee atau mengikut sejarah dahulu kala sempena nama Pulau Panji. Sebuah pulau yang menjadi tempat tinggal masyarakat Melayu. Kebanyakan mereka adalah nelayan dan rumah-rumah mereka di bina di atas pelantar bukan di atas pulau tersebut ini mungkin disebabkan keadaan pulau tersebut yang rata-rata batu keras. Juga dikhabarkan antara pulau yang terselamat dari amukan Tsunami.
Kampung di Pulau Panyee

Ada penduduk Pulau Panyee ini menceritakan semasa berlakunya detik cemas Tsunami mereka hanya dapat pasrah bila melihat gerombolan ombak besar yang menuju ke arah mereka namun sesampainya di hadapan pulau tersenut dengan ketinggian ombak 2 meter lebih tiba-tiba ombak tersebut terbelah dua ke kiri dan kanan pulau itu maka selamat seluruh penduduk pulau berkenaan. Inilah kehendak tuhan atas sesuatu.
Kenderaan ke Pulau Panyee

Peserta konvoi melawat ke Pulau Panyee dan juga pulau yang dipanggil Pulau James Bond kerana pernah filem James Bond membuat penggambaran di situ. Dengan mengunakan perkhidmatan bot-panjang yang sama digunakan oleh filem James Bond. Agak lewat petang baru pesrta konvoi bergerak daripada sana menuju ke destinasi seterusnya iaitu menziarahi keluarga ‘Mahsuri’ di Phuket. Mengikut sejarah juga dulunya Phuket bermaksud Bukit.

Semasa perjalanan terpaksa melalui jalan yang berbukit bukau dan hutan. Masih ingat lagi dimana berlaku peristiwa tengah para ‘pilot-pilot’ kenderaan berhubung melalui radio amatur, salah satu kenderaan 4X4 yang dinaiki oleh saudara Dalim terputus hubungan. Ketika itu posisi kenderaan beliau sebagai ‘sweeper’ iaitu di belakang sekali. Apabila disedari oleh ‘pilot-pilot’ lain mereka cuba memanggil beliau tetapi tak disahut. Kebetulan waktu itu tengah maghrib dan dikelilingi hutan. Akhirnya konvoi mengambil keputusan memberhentikan perjalanan dan mendapatkan saudara Dalim. Semasa ditanya adakah beliau dan rakan lain yang dalam kenderaan beliau mendengar perbualan radio jawabnya makin lama makin sunyi !!!!

Barulah peserta konvoi menyedari bahawa kenderaan ‘sweeper’ ketika itu telah di ‘usik’ oleh benda asing. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di rumah keluarga ‘Mahsuri’ iaitu Lagenda Mahsuri. Amatlah bertuahnya nasib para peserta rombongan JWJ , lawatan mereka di sambut dengan kebetulan satu kenduri sempena majlis tahlil yang dibuat oleh cucu-cicit Mahsuri sendiri. Ibarat ‘Langkah Kanan’ kesemua peserta konvoi JWJ. Dengan hidangan yang enak berbetulan pula semua peserta belum lagi makan maka tunggu apalagi ‘bedal sungguh-sungguh’.

Memang benarlah kata seperti adab orang tua-tua Melayu makan janganlah gelojoh bila kebanyakan peserta ‘terkena sendiri’ ketika menjamah hidangan ‘sambal hitam ikan bilis’ wow !!! masing-masing seperti berpandang-pandangan sesama sendiri dengan raut wajah semuanya tiba-tiba berubah menjadi merah dan berpeluh. Amat pedas sekali rasanya….ada yang berkata tidak pernah makan hidangan pedas seperti sambal itu seumur hidup. Apalagi selain disulami dengan air sejuk tidak dapat mengatasi kepedasan lauk tersebut maka ramai yang menyerbu hidangan buah tembikai dengan banyaknya. Fuuhhh….terfikir dibenak fikiran masing-masing memang benarlah kehebatan lagenda Mahsuri ini hingga masih terdapat pada darah keturunan beliau.

Aishah adalah cicit Mahsuri yang sah, jadi niat sebenar rombongan JWJ ke sana untuk berbual dengan beliau tetapi malang sekali kerana kebetulan beliau pula berada di Kuala Lumpur. Namun begitu dapat jugalah pesereta konvoi JWJ beramah mesra dengan ahli-ahli keluarga Mahsuri yang lain. Turut diceritakan semasa bencana tsunami melanda seluruh Phuket tetapi sekitar rumah keluarga tersebut juga ‘dilindungi’ dengan tanpa setitik air laut membadainya. Pelik tapi benar.

Kemudian rombongan JWJ langsung ke arah bandar pelancongan Phuket untuk melihat yang dikatakan ‘night life’ Phuket yang meriah. Memang betul ramai pengunjung di bandar Phuket kebanyakanya pelancong-pelancong dari Eropah dan Amerika. “What a shamed !!!” itulah yang dapat digambarkan oleh peserta konvoi kerana yang dikatakan ‘happening’ sangat di Phuket itu adalah hiburan berbentuk yang sesuai kepada golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Threesome kot). Ramai pekerja-pekerja sek thai maknyah, pondan malah ada juga gigolo berkeliaran di tepi pantai Phuket pada waktu malam.Itulah Phuket.

Konvoi JWJ bergerak lagi ke satu lagi wilayah jika mengikut persejarahan dahulu kala merupakan salah satu wilayah dibawah pentadbiran Kerajaan Kedah iaitu Ranong. Terdapat bukti sejarah iaitu batu tanda ‘Kra-ismuth’ perjanjian kerjaan Kedah dengan pihak Sukothai tentang pembahagian sempadan bagi bangsa Melayu dengan pihak Sukothai, dipanggil ‘Segenting Kra’. Sebelum sampai ke batu sempadan itu, rombongan JWJ telah singgah di sebuah masjid dinamakan masjid darulaman dan juga diberi sumbangan zakat serta bantuan derma terutamanya kepada sekolah anak-anak yatim.

Jam 4 petang rombongan JWJ sampai ke bandar Ranong dan berpeluang menjamu selera di pasar malam Ranong. Antara juadah yang menarik perhatian rombongan iaitu kebersamaan ‘nasi ayam kambus’ dengan yang terdapat di bandar Kangar, Perlis. Batu sempadan ‘Segenting Kra’ juga akhirnya dilawati oleh rombongan JWJ. Setelah diketahui oleh rombongan, bahawa kedudukan Ranong juga bersempadan laut dengan negara Burma atau Myanmar.
Tulisan di batu tanda di Kod-Kod Kra – Segenting Kra

Sebahagian peserta mengambil keputusan untuk menyeberangi sempadan ke sebelah Burma iaitu bnadar Kwantung. Bot panjang menjadi alat pengangkutan yang menghubungkan semapadan Thailand – Myanmar. Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh kumpulan JWJ ketika itu, di mana salah seorang peserta Herman Abdullah yang juga seorang blogger, mengambil gambar pos tentera Myanmar telah di beri amaran keras serta di halakan ‘mesingun’ ke arah bot kumpulan itu. Mujurlah dengan kepantasan pemandu bot pelancong itu mengarahkan blogger Herman itu tidak mengambil gambar tentera Myanmar serta memohon maaf di atas insiden itu. Kesemuanya di soal oleh pihak tentera Myanmar, bila dijawabkan rombongan ini berasal dari Malaysia maka suasana tegang menjadi reda. Cukup bangga dengan Malaysia yang disegani oleh pihak negara lain.

Tiba di bandar Kwantung, agak tergesa-gesa kerana pos sempadan antara Thailand – Myanmar itu akan ditutup sekitar jam 6 petang waktu tempatan. Padahal rombongan baru saja tiba di kaunter imegresen Myanmar. Lucunya urusan imegresen di pos Myanmar itu walaupun mempunyai seorang pegawai imegresen tapi semua urusan telah di uruskan oleh seorang ‘ulat’. Setiap rombongan dikenakan ‘upah’ oleh mereka sebanyak USD10.

Satu perkara yang memeranjatkan pihak rombongan di mana pada mulanya disoal dalam bahasa inggeris ala amerika oleh si ulat tersebut. Bila beberapa ahli rombongan berbisik-bisik tidak puas hati dengan layanan yang diberi, tiba-tiba si ulat tersebut berubah cakap dalam bahasa melayu fasih dalam loghat utara lagi. Aneh dan lucu.

Bandar Kwantung itu unik dengan banyaknya kedai-kedai emas dan permata. Delima adalah merupakan aset penting di bandar tersebut. Ramai pengusaha kedai di Kwantung itu merupakan orang-orang melayu yang fasih berloghat utara. Bila diselidiki isu tersebut, mengikut sejarah dikatakan ramai orang melayu utara berhijrah satu ketika dahulu ke Burma @ Myanmar untuk mengusahakan ladang getah sehingga akhirnya mereka menjadi warga negara Burma masa itu. Ini menyakinkan lagi bukti bahawa sampai wilayah Ranong itu memang kepunyaan kerajaan Kedah. Akhirnya kumpulan rombongan sempat pulang ke Ranong sebelum pos sempadan ditutup dengan ada yang membeli ole-ole batu delima. Perjalanan konvoi malam itu singgah tidur di sebuah lagi kampung melayu Muang Klang.
Kenderaan rosak di Ranong

Hari Kelima

Cuaca baik pagi itu, semua peserta konvoi JWJ telah bersiap sedia dengan pakaian lengkap baju melayu cekak musang serta bersampin masing-masingnya telah berkumpul di satu balai raya kampung Muang Klang dengan dipenuhi penduduk tempatan. Telah di adakan satu persembahan yang agak sama iaitu gerak seni silat dan paluan kompang serta alunan berzanji oleh para peserta konvoi kepada para penduduk tempatan. Tidak kira tua, muda, anak-anak kecil semuanya terpegun melihat persembahan itu, ada seorang warga emas yang wajahnya saling tak tumpah dengan wajah Sultan Kedah satu ketika dulu Sultan Abdul Hamid, setelah beliau mendengar alunan berzanji selesai pihak konvoi ada yang berbual dengannya. Beliau terus sebak dan menangis sambil mengimbaukan kembali nostalgia bahawa di Muang Klang, Ranong ini juga dahulunya mempunyai seni budaya yang sama namun kini hilang ditelan corak pemerintahan berbeza budaya dan agama. Beliau juga cuba memalu kompang yang dibawa oleh rombongan JWJ ini. Seterusnya di adakan majlis penyampaian sumbangan zakat dari Zakat Selangor serta bantuan derma kepada anak-anak yatim mangsa tsunami serta orang-orang tua sekitar itu.
Berkompang bersama penduduk
Sekolah rakyat yangh serba kekurangan
Sumbangan untuk penduduk yang kurang bernasib baik

Lewat petang semua peserta konvoi sambung maju ke atas negara gajah putih itu, kali ini konvoi JWJ menuju ke pantai timur Thailand dalam usaha Ekspedisi Semarakkan Budaya Melayu ke Ayutthaya. Teluk Siam yang mempunyai lengkumgan pantai yang bersih lagi cantik. Sekitar jam 12 malam konvoi JWJ telah menghadapi satu lagi masalah timbul iaitu salah sebuah kenderaan telah rosak, di mana memerlukan alat gantian. Jadi rombongan konvoi JWJ yang diketuai oleh Ustaz Zaid Mohammad telah mengambil keputusan bermalam di bandar bernama Prachuap Kiri Khan. Sebahagian ditugaskan pergi mencari bengkel mekanik dan sebahagian lagi pergi mendapatkan penginapan. Setelah berjaya mendapatkan penginapan hotel betul-betul menghadap Teluk Siam itu semua peserta berhenti rehat.

Hari Keenam

Keesokan paginya barulah semua peserta konvoi menyedari tentang kedudukan hotel yang diinapi itu berdepan dengan satu pemandangan indah Teluk Siam. Kesempatan itu tidak dilepaskan oleh peserta konvoi JWJ untuk menikmati udara pagi di tepi pantai sementara menunggu beberapa peserta lagi yang menghantar kenderaan yang rosak ke pusat servis Mitsubishi. Setelah siap kenderaan itu dibaiki dengan kadar harga alat ganti asli yang murah berbanding dengan Malaysia, semua peserta konvoi bersiap sedia meneruskan perjalanan. Ada satu pengalaman lucu semasa semua peserta bersiap siap di lobi hotel untuk bergerak, apabila diperiksa jumlah peserta konvoi kurang seorang???? Rupa-rupanya salah seorang peserta masih lagi tidur dibuai mimpi siapa lagi kalau bukan saudara Abdul Rozaq atau sifu hazat the blogger. Kelam kabut dibuatnya, mujur lagi tak tertinggal. Destinasi seterusnya dari Prachuap Kiri Khan konvoi bergerak naik lagi hingga sampai ke Kota Bangkok.
Di Prachuap Kiri Khan
Di tengah-tengah perjalanan ke Bangkok konvoi telah melalui satu kawasan yang agak unik iaitu dikiri kanan bahu lebuhraya yang tak bertol itu dipenuhi petak-petak putih memutih tempat memproses pembuatan garam. Kesempatan itu konvoi berhenti merakam gambar-gambar sebagai kenangan.

Tibanya di tengah-tengah Kota Bangkok sememangnya begitu sibuk dan laluan traffik yang sesak. Dengan bantuan perhubungan radio amatur di kalangan kenderaan konvoi sedikit sebanyak membantu pergerakan konvoi melawan kesesakan traffik di Bangkok. Kemudian para rombongan konvoi JWJ memutuskan agar tidak berhenti di dalam Kota Bangkok namun meneruskan lebih kurang 2 jam perjalanan ke Ayutthaya ke bahagian utara Bangkok.

Sekitar jam 10 malam waktu tempatan pihak rombongan konvoi JWJ berjaya sampai ke Kota Peninggalan Sejarah Empayar Benua Islam Siam, Ayutthaya. Masih ingat lagi konvoi menginap di hotel bernama Hotel Delima. Suasana malam itu semua peserta konvoi telah keluar bersiar-siar di sekitar Kota Ayutthaya itu dengan merehatkan semua kenderaan pacuan 4X4 itu, dengan menaiki khidmat teksi berbentuk van yang di hias cantik, ia dipanggil ‘Tut-tut’. Naik dalam keadaan semua penumpang berdiri bergayut di Tut-tut itu memeberi satu pengalaman baru kepada semua peserta. Syukutrlah keadaan perkhidmatan Awam di Malaysia yang lebih menjaga keselamatan penumpang berbanding dengan di negeri gajah putih ini yang boleh kita fahami begini “Pandai-pandailah Nak Hidup”.
Naik tut-tut di Ayutthaya
JWJ di Ayutthuaa

Kebanyakan peserta bergerak beramai-ramai, di sekitar dataran mercu tanda kota Ayutthaya. Terdapat satu medan selera secara terbuka. Cuaca yang agak berbeza dengan Malaysia pada malam itu cuaca sejuk. Rombongan konvoi JWJ menjamu selera makan malam yang lewat, antara menunya banyak dipengaruhi makanan ala-ala cina seperti banyak sup-sup termasuk bihun sup perut lembu. Boleh dikatakan masalah makanan halal di seluruh negara Gajah putih ini, tidak timbul kerana ramai9 pengusaha makanan beragama islam.
Ayutthaya

Ayutthaya

Satu lagi faktor menarik tentang kota Ayutthaya iaitu orang tempatannya kebanyakan berwajah campuran darah Siam- Arab. Ini bukti kukuh tentang peninggalan sejarah Empayar Benua Islam Siam di Ayutthaya dahulunya bersistem raja dari keturunan kacukan Arab. Comel comel belaka anak gadis Siam berkacukan Arab.

Hari Ketujuh

Esok paginya semua peserta konvoi JWJ berpeluang melawat sekitar Kota Ayutthaya ini. Paling menarik sekali, dimana terdapat perkhidmatan gajah bagi pelancong untuk menaiki gajah bersiar-siar keliling kota. Lagi menarik dan kesian pun ada bila mana gajah-gajah tersebut telah disolek oleh tuan-tuanya dengan cat menjadi seperti warna harimau belang, kuda belang dan berbagai lagi. Kesian kepada raja rimba, tak patut dibuat sebegitu rupa.
Gelagat di kawasan sejarah Ayutthaya
Tempat-tempat lain yang diziarahi Masjid Takiya yang dikatakan berusia ratusan tahun di samping terdapat makam ulama dan raja –raja Empayar Benua Islam Siam.
Masjid Takiya yang berusia lebih 300 tahun

Khazanah kitab-kitab Melayu lama di Masjid Takiya
Suasana di dalam Masjid Takiya
Suasana di luar Masjid Takiya
Suasana di dsekitar Masjid Takiya

Petangnya konvoi JWJ mengambil keputusan untuk kembali ke kota Bangkok. Setibanya di Bangkok rombongan pun berhenti rehat selama dua malam. Ini kerana telah dikira motif ekspedisi Jejak Warisan Jawi sudah sampai ke klimaknya di Ayutthaya. Aktiviti bebas di Bangkok adalah untuk merehatkan para peserta konvoi malah juga kenderaan-kenderaan 4X4 yang semuanya agak berusia. Terdapat satu masjid berhampiran hotel penginapan rombongan iaitu juga dinamakan Masjid Darulaman. Kebanyakan jemaah dan kariahnya berketurunan Melayu,

Hari Kelapan, Sembilan & Sepuluh

Semasa acara rehat di kota Bangkok, antara aktiviti bebas oleh peserta konvoi iaitu membeli belah sakan, urutan refleksologi hingga ada yang berulang kali dalam sehari maklumlah dah penat jauh berjalan. Segi makan di sekitar Bangkok, rata-rata peserta JWJ tidak menghadapi masalah kerana banyak kedai makan islam di sana. Cukup puas dengan masakan popular Thailand iaitu Tomyam Poktek, Tomyam Goong, Pulut Mangga, Pulut Ayam dan berbagai lagi.
Gelagat remaja di kota bangkok

Hari Kesebelas

Rombongan JWJ mula bergerak keluar dari kesibukan dan hiruk pikuk kota Bangkok. Perjalanan pulang ke tanahair sendiri Malaysia. Jarak yang perlu ditempuh itu lebih kurang 2000 km lagi untuk sampai ke Lembah Kelang. Dengan rehat yang cukup serta semangat jitu pergerakan konvoi bergerak pulang disusun dengan baik.

Pada perjalanan pulang rombongan juga berkesempatan singgah di salah satu tumpuan pelancong iaitu ‘Floating Market’ atau Pasar Terapung. Ramai peserta mengambil peluang untuk memudik alur sungai untuk melihat sendiri aktiviti ekonomi yang menjalankan perniagaan di atas bot seperti menjual makanan, pakaian, barangan sovenir dan pelbagai lagi produk pelancongan Thailand.
Suasana di pasar terapung

Konvoi JWJ telah mengunakan satu jaluran lebuhraya yang juga tetap ‘percuma’ iaitu M41 yang lurus terus bersambung dengan lebuhraya utara selatan PLUS di negara kita yang dikenakan tol…. Perjalanan memang panjang maka banyak hentian rehat yang disinggahi. Berbeza tentang hentian rehat di Thailand, hanya ada stesyen minyak, kedai serbaneka 7 eleven dan setengahnya ada kedai kopi yang comel. Antara faktor perjalanan memakan masa lama, faktor bila ada peserta meminta konvoi berhenti untuk membuang air kecil maka berpusu-pusu akan pergi kencing. Saudara Tarmizi atau nama jolokan ‘Bangau’ amat geram dengan tabiat ini selalu beliau akan berseloroh dalam radio agar paserta yang selalu hendak buang air kecil itu “mengikat paip getah dan hulur ikut tingkap kenderaan jadi tak perlulah konvoi berhenti”.

‘Bangau’ memang dikenali seorang yang suka berlawak jenaka dengan rakan-rakan konvoi hingga tak kering gusi dibuatnya. Tengok raut mukanya saja sudah agak kelakar seperti ada kena mengena dengan pelakon lagenda A.R Tompel hehehe… Itulah sedikit sebanyak selingan hiburan yang mengubat rasa penat lelah serta tekanan mengharungi satu perjalanan ekspedisi yang jauh.

Waktu sudah pun malam bila konvoi tiba di kawasan selatan Thailand, konvoi bersepakat untuk berhenti bermalam dengan berkhemah di kawsan hutan iaitu di Hutan Simpan Negara Air Terjun Yong, Songkhla. Terperanjat dengan pihak renjer yang menjaga pintu masuk ke hutan simpan tersebut namun mujurlah salah seorang peserta JWJ ini mahir berbahasa Siam iaitu saudara pok nik. Dapat juga konvoi memasuki dan bermalam di sana. Dengan rasa penat dan letih jauh berjalan ada peserta yang tak sempat memasang khemah terus tidur di dalam kenderaan, di atas tanah beralaskan tikar dan yang menyeramkan ada tidur beralaskan batu nesan. Apaaa….!!!!
JWJ terpaksa bermalam dalam keadaan sebegini

Hari Terakhir

Peserta konvoi JWJ akhirnya sampai ke pintu sempadan Malaysia – Thailand. Berhenti seketika tidak lagi seperti waktu nak pergi. Kesempatan itu ada yang turut membeli ole-ole untuk keluarga yang sudah mula dirindui antaranya buah mangga siam, gajus tak ketinggalan seluar celoreng ala-ala tentera. Kemudian rombongan JWJ mula meninggalkan Thailand dan memasuki kembali ke Tanah Melayu di sebelah Changlun menuju ke arah Kuala Lumpur.

Berbagai detik-detik manis, cemas, lucu, sedih dan banyak lagi yang dilalui oleh setiap peserta konvoi ini. Kenangan dan pengalaman seperti ini amat mahal yang tak dapat dibeli oleh semua orang. Objektif asal berjaya dicapai dengan mengalami sendiri serta dapat bertemu sendiri dengan saudara sebangsa yang terpisah dek kerana percaturan sejarah penjajahan Inggeris, Belanda, Perancis dan Jepun di bumi tanah melayu khususnya dan keseluruhan nusantara amnya.

Kesan dan pesan sesama peserta rombongan Jejak Warisan Jawi bertemakan semarakkan budaya melayu, agar menginsafi dan mengambil ikhtibar daripada igauan detik hitam yang ditanggung oleh rumpun bangsa Melayu itu sendiri.
Lewat malam barulah para peserta konvoi sampai menjejak kaki kembali ke Kuala Lumpur. Ini di sebabkan berlakunya satu kerosakan ‘over heating’ yang di alami kenderaan kepunyaan saudara Saiful Effendi atau lebih dikenali rakan-rakan sebagai ‘chip’ di tol Juru, Pulau Pinang. Jadi keputusan telah dibuat agar ada yang meneruskan perjalanan pulang sedangkan satu kenderaan akan tinggal menemani saudara ‘chip’ untuk menunggu esoknya bengkel kereta buka. Sebahagian yang terus balik ke Kuala Lumpur kerana ada yang sudah kehabisan cuti. Keesokan harinya kenderaan tersebut siap dibaiki dan akhirnya sampai juga ke pangkuan keluarga masing-masing. Inilah detik-detik yang amat mahal dan berguna dapat dirakamkan semasa ekspedisi Jejak Warisan Jawi 1 : Semenanjung ke Ayutthaya berlansung pada 12hb sehingga 21hb Febuari 2010 lalu.

Wasalam.

Catatan perjalanan oleh Sdr Sofi

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *