Misi dan Visi
-
Menyampaikan mesej keamanan melalui idea, pemikiran, pandangan, pendirian, cadangan, polisi serta dasar kerajaan Malaysia melalui wakil yang terpilih di kalangan penuntut universiti.
-
Membina jalinan kerjasama dan perhubungan antarabangsa melalui aktiviti-aktiviti program yang dijalankan seterusnya memperkenal dan mempromosi Malaysia di mata dunia melalui ekspedisi yang di lakukan oleh rakyat Malaysia yang mendapat sokongan kerajaan.
-
Mengimbau dan mengulang kembali kegemilangan dan kehebatan orang-orang Melayu di persada seperti langkah keramat Panglima Awang (Henry the Black) mengelilingi dunia.
-
Menyampaikan bantuan kemanusiaan hasil sumbangan kebajikan dari rakyat Malaysia kepada masyarakat antarabangsa yang kurang bernasib baik.
-
Membuktikan kemampuan rakyat Malaysia melakukan ekspedisi yang dianggap mustahil tetapi mampu dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak.
-
Memperkenalkan dan mempersembahkan kebudayaan Melayu kepada masyarakat antarabangsa di semua negara yang dilawati.
-
Menyemai semangat keinsafan betapa perlunya mengekalkan dan meningkatkan jati diri para peserta demi kebaikan Bangsa, Agama dan Tanah Air.
-
Mengadakan majlis interaksi dan bertukar-tukar pandangan bersama masyarakat antarabangsa yang terdiri daripada pihak universiti negara-negara terbabit serta juga penduduknya.
-
Bertindak sebagai duta kecil pelancongan dan memperkenalkan produk pelancongan Malaysia bagi menarik pelancong asing ke Malaysia.
-
Berkongsi pengalaman dengan seluruh rakyat Malaysia dalam program ‘road show’ yang bakal diadakan sekembalinya dari ekspedisi sekaligus memberi motivasi kepada masyarakat tentang jatidiri dan syukur sebagai elemen penting kejayaan seseorang di dunia dan akhirat.
-
Menerbitkan dokumentari dan buku mengenai kajian sejarah, budaya, cara hidup hasil kajian dan pengamatan di sepanjang perjalanan JWJ4 untuk diambil pedoman dan panduan oleh masyarakat Malaysia.
-
Mencatatkan ekspedisi JWJ4 dalam “Malaysia Book of Recod” iaitu menjadi perintis kepada pengembaraan pacuan 4 roda yang membawa persembahan seni dan budaya secara bekenderaan ke 16 buah negara dengan jarak perjalanan yang terpanjang dan dalam jangka waktu masa paling lama pernah dicatatkan.