Ho Chi Minh, Vietnam

Konvoi hampir tiba ke bandar Ho Chi Minh dalam keadaan hujan lebat, namun konvoi terpaksa harungi juga kerana menghadiri jemputan makan malam di rumah pegawai kedutaan Malaysia di sana, En Khairi. Konvoi terasa cukup lega kerana jamuan makan malam merupakan makanan cara Malaysia, nasi biriani yang telah di masak sendiri oleh isteri En Khairi untuk kesemua anggota seramai 35 orang. Memang sedap masakan malam ini. Terima kasih kepada En Khairi dan isteri.

viet-duta makanviet-duta

Di rumah pegawai kedutaan di Ho Chi Minh

Setelah hujan berhenti, konvoi bergerak ke hotel di tengah Bandar Ho Chi Minh. Sangkaan konvoi memang tepat, terpaksa melepasi bandar yang cukup sesak dengan motosikal di bandar yang bergelar ‘kingdom of motorbikes’ yang mana terdapat sejumlah 4 juta motosikal di bandar yang jumlah penduduknya 10 juta orang. Kami tiba akhirnya di hotel sekitar jam 11 malam.

viet-malamsesak

viet-motor

Kota Motosikal

4hb Jun 2011, Sabtu – Pada jam 7.30, selepas sarapan pagi, para anggota telah keluar menaiki teksi untuk melawat ke Masjid Biru, yang mempunyai seni bina seperti masjid ‘Takkia’ di Ayutthaya, Thailand. Selepas beramah mesra dengan iman yang berusia hampir 90 tahun, konvoi kemudian bergerak ke Banthen Market. Terdapat ramai juga pelancong dari Malaysia di pasar ini sedang membeli belah sakan pakaian sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia.

viet-hochiminh-mesjid

Lawatan ke masjid Biru

viet-hochiminh-pasarbtien

Bertemu ramai orang Malaysia di Banthen Market

Konvoi kemudian bergerak kelaur dari kota sesak ini kira2 jam 11.30 pagi untuk menuju ke Nha Trang, perjalanan sejauh 450 km untuk melihat kesan2 sejarah Melayu Champa yang asal bertapak di kawasan ini sejak abad 1 dan ke2 lagi.

Perjalanan yang jauh ini hanya membolehkan konvoi berhenti sekejap di sebuah monument di Phang Rang atau nama asalnya Panduraga, tinggalan kerajaan Champa dan sebuah kampung Melayu di Binh Thuan untuk bermesra dengan orang kampung di sana dan mendapatkan makanan halal untuk anggota konvoi.

viet-masjid-makanan

viet-mesjid makanan

Singgah di masjid mendapatkan makanan halal

Akhirnya konvoi tiba di hotel di Nha Trang pada jam 10.30 malam iaitu sebuah bandar di tepi pandai dan bergelar Kauthara di zaman kerajaan Melayu Champa.

Nha Trang, Vietnam

5hb Jun 2011, Ahad – Hari yang panjang bagi konvoi kerana perjalanan hari ini merupakan perjalanan yang paling panjang sejauh 643 km menuju ke utara Vietnam, destinasinya ialah Hoi An.viet-pantai-konvoiviet-pantai1

Konvoi melalui persisiran pantai yang indah

Perjalanan yang cukup menarik melalui jalan persisir pantai dan pemandangan menjamukan pantai yang bersih, air laut yang cukup jernih dan lanskap kehidupan nelayan menghiasi perjalanan konvoi sehingga ke destinasi. Konvoi tiba ke tempat penginapan cukup lewat melepasi jam 12.00 malam.

viet-peharu from car

viet-nelayan

Bot-bot nelayar di tepi pantai

Hoi An, Vietnam

6 hb Jun 2011, Isnin – Bandar Hoi An ini terletak di tepi pantai dan merupakan bandar lama di sulami dengan bangunan baru. Kawasan ini seperti juga di Nra Trang telah diistiharkan sebagai kawasan sejarah tinggalan Melayu

 Champa. Masih terdapat kesan-tapak tapak bangunan lama di beberapa tempat di Hoi An, Nha Trang termasuklah di Hue, kawasan awal kerajaan Melayu Champa.

jwj_4x4_vietnam_petrolpamview

Pasukan JWJ mengisi bahan bakar

viet-muziumviet-muzium2

Lawatan ke Muzium Champa

Konvoi mula bergerak dari Hoi An pada jam 8.30 pagi untuk berhenti di bandar Hue, bagi melawat muzium Champa. Kesempatam lawatan ini memberi sedikit sebanyak maklumat bagi anggota konvoi mengenali sejarah Melayu Champa di kawasan ini.

Di sini juga Pengarah konvoi Sdr Zaid, mengadakan lintas lansung melalui telefon bersama Dj Radio Bernama 24, Sdr Kam dan Sdri Gee untuk melaporkan perkembangan perjalanan konvoi. Lintas lansung seperti ini dijayakan setiap pagi di antara jam 10.15 pagi waktu Malaysia selain laporan oleh pihak media dari Utusan Malaysia, Bernama dan RTM1. Rakyat Malaysia boleh mengikut perkembangan Ekspedisi Jejak Warisan Jawi II – 2011 ini di Radio Bernama 24 setiap pagi, melalui akhbar Utusan Malaysia setiap hari, melalui berita di web-site Bernama Online dan di berita TV RTM1.

Ketika konvoi baru mula bergerak menuju ke Lo Bao, terdengar suara dari radio dua hala mengatakan kenderaan BAT02 mengalami masalah. Setelah diselidiki oleh mekanik kami sdr Mizi, ternyata "mounting" untuk "steering fluid" telah patah dan perlu di pateri. Mujur pemandu 4x4 kami mempunyai pengalaman dalam siuasi-situasi begini. Sdr Saiful/Chip telah menggunakn kepakarannya untuk memateri kembali "mounting" yang patah tadi. 

 jwj_4x4_weldingbaterijwj_4x4_weldingjwj_4x4_chip_welding  

"welding" proses...

Setelah masalah kenderaan BAT02 berjaya di selesaikan, pasukan JWJ2 terus bergerak menuju ke Lao Bao, sempadan Vietnam/Laos dan kami sudah agak terlewat dari jadual yang sepatutnya. Tetapi dalam perjalanan konvoi terhenti kerana kenderaan BAT 05 telah mengalami sedikit kesulitan. Tayar belakangnya telah pecah, terbelah dan semua konvoi berhenti rehat di sebuah restoran kecil bersebelahan kedai baiki tayar di sebuah kawasan terpencil kira-kira 100 km lagi ke sempadan Laos melalui pintu Lao Bao.

jwj_4x4_tire

viet-tayar pecah

Proses manual mengganti tayar pecah

Dengan waktu yang terbatas pasukan kami terpaksa bergegas untuk sampai di sempadan Vietnam-Laos sebelum pukul 6.00 petang kerana terpaksa keluar dari Vietnam pada hari itu juga. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *