• Cadangan Laluan JWJM4-2017
  • Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Razak
  • Pengarah Program, Ustaz Zaid Muhammad bersama TV
  • Pengarah Program ditemubual oleh wartawan media
  • Persembahan silat dari Persatuan WarisAlam
  • Persembahan permainan melayu dari anak-anak WarisAlam
  • Persembahan dari Persatuan WarisAlam
  • Deretan kenderaan 4x4 Blackwind Adventure Team
  • Pameran senjata melayu
  • T Shirt JWJ4
  • Ahli-ahli persembahan Sidang Media
  • Tenaga kerja Majlis Sidang Media
  • Beberapa peserta JWJ1, JWJ2 dan JWJ3
  • Jualan Buku Kias Tersirat
  • Buku Kias Tersirat
  • Pameran WarisAlam dan Blackwind Adventure Team
  • Berita Sidang Media di Berita Harian 10/10/16

Pada 9hb Oktober 2016 telah diadakan Sidang Media Jejak Warisan Jawi 4 - KL~Jeddah 2017 dan juga Sesi Bedah Buku "KIAS TERSIRAT".

Sidang media ini adalah satu usaha penghebahan kepada masyarakat Malaysia tentang Program JWJ4. Ekspedisi mengharungi perjalanan darat selama 60 hari ini akan melewati lebih dari 15 buah negara dan bakal berakhir di Jeddah, Arab Saudi. Dengan tema "TRADISI DITERUSKAN", ekspedisi ini dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2017. Program JWJ4 cuba melakar lembaran sejarah tanahair apabila cuba menjadi satu-satunya kumpulan jelajah 4x4 atau "Overland" yang membawa misi selain dari pelancongan iaitu misi pengkajian, pendidikan, kemanusiaan dan persembahan budaya serta warisan Melayu Malaysia

Media-media tempatan telah hadir untuk mendapat berita tentang program ekspedisi ini. Dalam sidang media ini, hadirin telah dihidangkan dengan persembahan budaya seperti silat, kompang, permainan melayu dan kompang selawat dari Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi  atau singkatannya WarisAlam. Waris Alam sebagai penganjur ekspedisi JWJ4 ini telah bekerjasama bersama-sama Majma' Budaya dan Warisan Melayu Jawi dan Blackwind Adventure Team.

Namun, perjalanan kearah melaksanakan JWJ4 ini menjadi satu cabaran yang cukup hebat kepada semua yang terlibat khususnya sekretariat pelaksana yang diketuai oleh Ustaz Zaid Muhammad Mohd Rais.

Semoganya berjalan dengan lancar sehingga berjayanya program JWJ4 hingga ke penghujungnya.

Dalam sidang media ini juga diadakan acara Bedah Buku "KIAS TERSIRAT" oleh penulisnya Saudara Herman Abdullah hasil kajian yang diketuai oleh beliau di sepanjang siri JWJ2 pada 2011 yang lalu. Cuma berharga RM85.00, buku ini boleh didapati dari WarisAlam