Mengla, China
Konvoi tiba di Mengla setelah perjalanan melalui jalanraya yang cukup baik sejauh hanya 50 km dari sempadan. Tanpa berlengah semua kenderaan diletakkan di parking hotel dan terus ke restoran muslim yang berhampiran dengan hotel.
Highway ke Mengla
Terowong paling panjang 3km
Sign Board dalam bahasa China...macam mana nak baca
Teksi pun dalam tulisan mereka, langsung tak ada bahasa English
Lagi sign board dalam bahasa depa...bunyi arab jadinya!
Di China, kenderaan konvoi disyaratkan untuk bergerak secara konvoi sahaja dan tidak boleh secara bersendirian. Oleh yang demikian, pergerakan konvoi akan berlaku mengikut aturcara perjalanan yang ditetapkan. Memang konvoi terpaksa bergantung kepada mereka sebagai pemandu pelancong kerana kebanyakan sign board dalam bahasa mereka, kalau tidak sesat barat la jadinya nanti.
Cukup menyelerakan dan memang sedap masakan ala Cina di sini. Selepas makan konvoi kembali ke hotel untuk berehat dan bersedia melawat ke Taman Hutan Simpan 'Rain Forest' melalui beberapa perkampungan Thai di Mengla.
Restoran makanan halal di Mengla
Parking tepi jalan jer...
Mengla sebenarnya terletak dalam wilayah Sipsongpanna dalam negeri Yunan, China. Sipsongpanna sebelum ini adalah wilayah di bawah jajahan Siam sehinggalah jatuh ke tangan China selepas perjajian Burney dalam tahun 1906, maka tidak hairanlah kelihatan masyarakat dan budaya Thai agak ketara di daerah ini.
Selepas lawatan konvoi tiba kembali di bandar Mengla pada jam 6.00 petang, konvoi dimaklumkan untuk bersedia ke makan malam pada jam 7.00 malam. Seluruh anggota konvoi terasa agak pelik kerana makan malam disediakan terlalu awal dan setelah diberi penerangan bahawa budaya Cina setiasa makan malam awal maka terpaksalah anggota konvoi akur kerana restoran muslim agak kurang di bandar ini dan sentiasa tutup perniagaan pada jam 8.30 malam.
Selepas makan, anggota konvoi bersiar-siar di bandar Mengla cuba menyesuaikan diri di bumi asing ini. Para media pula ke hulu ke hilir mencari sumber internet agar dapat menghantar berita ke Malaysia. namun segala usaha gagal kerana kemudahaan itu amat sukar di China ini dan tampak wajah para media agak murong, membawa sehingga ke kamar tidur.
11 hb Jun 2011, Sabtu - Jam 8.00 pagi, para konvoi sudah siap sedia untuk meninggalkan bandar Mengla untuk menuju ke Jing Hong, ibu kota Sipsongpanna. Perjalanan sejauh 160 km dan mengambil masa hanya 2 jam kerana melalui hiway yang baru. Permandangan semasa ke Jing Hong cukup menarik melalui bukit bukau dan Hiwaynya kerap melalui torowong2 dan ada terowong melebihi 5 km panjangnya.
Jin Hong, China
Konvoi tiba awal di bandar Jing Hong, jadi konvoi diacarakan makan tengahari terlebih dahulu sebelum masuk ke hotel. Masakan cina menjadi hidangan jamuan selera konvoi di salah sebuah restoran cina muslim yang kelihatan nampak agak banyak di bandar ini.
Permandangan di bandar Jin Hong
Selesai makan, anggota kelihatan sibuk berlegar berdekatan restoran mencari tempat untuk menukar mata wang. Hampir 2 jam berlegar, barulah konvoi bergerak ke hotel. Konvoi ini akan berhenti di bandar ini selama dua malam, memenuhi lawatan ke mesjid dan beberapa tempat lain, termasuk perkampungan Thai di luar bandar Jing Hong .
Restoran akanan muslim
Restoran makanan muslim...berkopiah beb!
Hotel di China
Semasa perjalanan pulang dari perkampungan Thai yang terletak kira-kira 36 km dari bandar, kenderaan BAT07 telah mengalami kemalangan kecil dengan sebuah kenderaan rakyat China. Kemalangan itu terlalu kecil tetapi puas 'ground handler' konvoi berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pemilik kenderaan yang terlibat.
Lawatan ke perkampungan Thai...terpaksa ikut juga sebab dah peraturan mereka
Akhirnya pihak konvoi terpaksa membayar wang saguhati sejumlah nilai RM500 kepada pemilik kenderaan tersebut walaupun kesalahan berada di pihaknya. Keputusan ini dibuat agar kekecohan itu tidak berpanjangan dan menjimatkan masa perjalanan konvoi yang tersangkut hampir 2 jam dek kerana masalah yang kecil itu.
Pu’er, China
12 hb Jun 2011, Ahad - Seawal jam 8.00 pagi semua anggota konvoi telah berada di atas bus khas untuk lawatan ke daerah Pu'er yang terletak 120 km ke utara, perjalanan ke arah Kunming. Program pada hari ini ialah melawat kawasan penanaman teh dan salah sebuah masjid.
Sesi interview RTM dan jurugambar JWJ2, ladang teh
Kubur dan tulisan khat jawi sepanjang jalan masuk masjid
Solah di masjid di Puer
Perjalanan kali ini harus menaiki bus khas dan bukan berkonvoi dengan kenderaan. Ini adalah kerana permit konvoi JWJ2 ini hanya setakat di Jing Hong dan bukan sehingga ke Pu'er. Pu'er adalah lokasi tambahan apabila anggota konvoi mendapat tahu bahawa terdapat sebuah mesjid yang berusia hampir 400 tahun di sana.
Cukup menarik apabila kami tiba dan beramah mesra di masjid itu, anggota konvoi sempat bermarhaban dan disulami pula alunan marhaban oleh imam masjid tersebut dalam bahasa cina. Kami bernasib baik kerana dapat berkomunikasi dengan imam di negara China ini dalam bahasa Arab oleh Pengarah Program, Sdr Zaid dan beberapa ahli lain yang fasih dalam bahasa tersebut.
Berzanji bersama-sama....lain nada
Cenderhati sebagai tanda kedatangan kami
Pada malam hari anggota ekspedisis telah berada kembali di bandar Jing Hong dan tidak melepaskan peluang bersiar-siar di 'night market' berhampiran hotel.
Membeli seruling bamboo di 'night market'
Anggota konvoi semuanya masuk tidor awal kerana perjalanan esok hari amat jauh, melepasi sempadan China memasuki Laos dan kemudian harus melepasi sempadan Thailand untuk ke Chiang Rai dalam masa satu hari sahaja.
13 hb Jun 2011, Isnin - Seawal jam 8.30 pagi konvoi telah meninggalkan bandar Jing Hong menuju ke sempadan Mohan/Botene iaitu sempadan China/Laos semula. Melalui jarak sejauh 216 km, konvoi telah melepasi sempadan China memasuki Laos pada jam 11.30 pagi.
Arah ke sempadan China/Laos
Kini tibalah waktu-waktu paling mencabar untuk konvoi bergerak melepasi sempadan Laos ke Thailand pula dalam masa sehari, melebihi jarak 250 km dalam masa kurang 6 jam. Sekiranya konvoi tiba setelah jam 6.00 petang, maka sempadan telah ditutup dan konvoi akan tersangkut di Laos lalu terpaksa bermalam di pekan kecil iaitu Huay Xai.
[Berita dari Bernama : Jwj2 Expedition Enters China , Konvoi JWJ2 selamat tiba di China]