WARISAN | SEJARAH | BUDAYA

PENGENALAN JEJAK WARISAN JAWI

Jejak Warisan Jawi atau JWJ adalah satu program jejak warisan, sejarah dan budaya di serata dunia pengkhususan keatas bangsa Melayu dan Islam. Diterajui oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa entiti lain bertujuan untuk menggali warisan dan sejarah kewujudan bangsa melalui penjelajahan ke beberapa negara bermula di rantau asia tenggara hinggalah ke serata dunia, Insya Allah.

Kewujudan kelompok rumpun Melayu ini telah dikatakan wujud sejak lebih dari 40,000 tahun lalu seperti yang didedahkan oleh Ketua Penyelidik Arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman berdasarkan data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Bahkan penghijrahan yang dikatakan berlaku dari Tanah Besar di Utara juga boleh dipertikaikan seperti yang telah didedahkan oleh Prof. Madya Dr. Zafarina Zainuddin hasil penyelidikan ke atas mt DNA manusia dimana hasil kajian membuktikan bahawa bangsa Melayu dari ukuran umur kewujudan mereka adalah jauh lebih lama daripada bangsa Cina dan India. Hasil dari kajian ini telah meyakinkan teori yang mengatakan bahawa manusia di dataran Sunda lah yang sebenarnya telah merentas ke benua-benua lain.

Kewujudan kerajaan Melayu lama seperti Funan,Kedah Tua,Langkasuka,Campa dan Sriwijaya adalah dari bukti kewujudan kerajaan ini hasil dari peninggalan monumen sejarah atau kewujudan negara kota-negara kota Melayu (Malay City-states), prasasti/batu bersurat dan hubungan antarabangsa.

JEJAK adalah satu usaha untuk mengkaji dan menyelidik melalui pemerhatian tentang cara hidup, adat resam, budaya, amalan beragama serta pengamalan kesemuanya ke dalam kehidupan seharian mereka.

WARISAN adalah peninggalan atau pusaka dari sesebuah tamadun, masyarakat atau orang  yang terdahulu. Justeru, mengkaji dan mengenali warisan bererti mengenali juga apa yang di tinggalkan untuk di ambil teladan dan sebagai panduan.

JAWI yang dimaksudkan di sini adalah menjurus kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, mengamalkan cara hidup, budaya dan adat resam yang tidak lari dari pegangan agama anutannya iaitu agama Islam. Persamaan dari segi pengamalan cara hidup beragama, adat resam dan budaya adalah elemen-elemen yang perlu diambil penting.


 

RTM1-Selamat Pagi Malaysia

Jejak Warisan Jawi telah diundang oleh RTM dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) tentang Program Jejak Warisan Jawi 4 KL-Jeddah 2017. Seramai 9 orang telah terlibat dalam rancangan tersebut termasuklah Pengarah Programnya iaitu Sdr Zaid Muhammad bin Mohd Rais. Pihak JWJ4 telah ditemu bual tentang persiapan, perancangan dan misi serta visi JWJ4 disamping juga telah pihak JWJ4 melalui penganjurnya iaitu Persatuan Seni Dan Warisan Melayu Jawi (Waris Alam) telah mempersembahkan persembahan budaya untuk dipertontonkan kepada masyarakat Malaysia.

 

 

Jejak Warisan Jawi bersama BERNAMA TV

Pada 3hb Februari 2017, pihak JWJ yang di wakili oleh Pengarah Programnya Saudara Zaid Muhammad bin Mohd Rais bersama Pengerusi Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi, Tengku Azmi Bin Tengku Muda telah dijemput dalam rancangan temubual "RUANG BICARA" terbitan BERNAMA TV dalam membincangkan topik "Salah Faham Terhadap Budaya".

Rancangan bual bicara selama 1 jam ini telah di hoskan oleh Saudara Dahlan Maamor. Bagaimana yang dikatakan salah faham masyarakat terhadap budaya ini dalam mempengaruhi pemikiran dan persepsi terhadap budaya sebenarnya.

Selamat Menonton !!!

SEPINTAS LALU – JWJ2

 

"Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

 

Melayu itu kaya falsafahnya

kias kata bidal pusaka

Akal budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara"

Petikan dari MELAYU oleh Usman Awang

 

 

...
Jejak Warisan jawi (JWJ) adalah siri pengembaraan sekumpulan anak Melayu ke serata dunia dengan misi untuk mengenali, menyelidiki dan membongkar sejarah masyarakat Melayu dan Islam di luar negara. Dengan melihat sendiri akan kelangsungan hidup masyarakat Melayu khususnya dan Islam amnya di seluruh dunia pastinya akan membuka mata dan minda bagi memperbaiki segala kekurangan. Menghubungkan tali silatur rahim sesama umat Islam di seluruh dunia mengukuhkan lagi kedudukan umat Islam itu sendiri. Disamping menghulur sedikit bantuan, persembahan seni dan budaya Melayu juga dipertontonkan sebagai satu usaha memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat dunia yang jauh di pendalaman dan masih lagi jauh dari modenisasi. Diharapkan melalui program JWJ ini nama Malaysia akan dikenali oleh mereka yang masih lagi terasing dari dunia yang serba moden ini.

JWJ 1

Bermulanya program yang dinamakan Jejak Warisan jawi

LIHAT SINOPSIS

JWJ 2

Kesinambungan program hasil dari Program Jejak Warisan Jawi 1

LIHAT SINOPSIS

JWJ3

Program jejak warisan tanpa kenderaan 4x4 ke kepulauan Indonesia

LIHAT SINOPSIS