Wang Kelian dan Satun, Thailand

27hb Mei 2011, Jumaat - Konvoi JWJ2 mula hampiri sempadan Thailand melalui pintu masuk di Wang kelian, Perlis. Pada ketika itu kelihatan anggota konvoi baru sedar dari tidur setelah semalaman dalam perjalanan. Kelihatan ramainya nampak ghairah untuk melepasi sempadan pertama namun keghairahan itu terhenti seketika apabila konvoi menghampiri sempadan. Hanya tinggal 5 km lagi ke sempadan, tetapi konvoi digemparkan kerana salah sebuah kenderaan rombongan menghadapi masalah ketika mendaki bukit di Kaki Bukit menuju ke pintu sempadan.

mal-chuping-perlis Konvoi menuju ke sempadan Thailand

Sebuah kenderaan mengalami 'over heating' yang keterlaluan sehingga mengakibatkan kenderaan tersebut terpaksa kami tinggalkan di Malaysia sahaja. Kini konvoi bergerak dengan 10 buah kenderaan sahaja dengan keanggotaan 36 orang.

thai-k3 rosak BAT03 terpaksa ditinggalkan

Misi harus di teruskan walaupun terpaksa berpecah konvoi untuk ke lokasi program pertama bersama penduduk di Satun, Thailand. Keputusan telah di persetujui oleh semua, 7 kenderaan harus terus ke kampung tersebut dan 3 buah kenderaan lagi akan turut kemudian setelah selesai menguruskan hal kenderaan yang tersangkut tadi.

thai-wangkelian2

thai-border

Di pintu sempadan Thailand

Kenderaan yang menghadapi masalah itu telah ditunda dan disimpan di Kangar, rumah kenalan salah seorang anggota konvoi. Maka dua kenderaan yang tertinggal mengejar konvoi utama yang telah hampir 3 jam melepasi sempadan. Akhirnya pada jam 5.00 petang waktu Thailand konvoi telah dapat berhimpun kembali setelah selesai program di sebuah sekolah Agama.

thai-sekolah

Ketibaan konvoi ke sekolah

Di sekolah ini pelbagai aktiviti diadakan sejak pagi tadi, khususnya program motivasi dan keagamaan. Beramah mesra dengan pelajar dan guru serta mendengar keluhan mereka mengenai keadaan sekolah yang serba kurang.

thai -satun

 Program motivasi oleh JWJ2thai-satun-solat

Kem solah oleh JWJ2

Konvoi tidak melepas peluang melawat keadaan kelas dan pondok tempat tinggal pelajar yang begitu daif selepas jamuan makan tengahari untuk seramai 400 pelajar atas tajaan JWJ2.

thai-satun-makan

 Jamuan untuk semua pelajar sumbangan dari JWJ2

thai-satun-temubual

Temuramah pelajar dan guru-guru di sini

thai-satun-motivasi

 Motivasi oleh Pengarah JWJ2 kepada pelajar

thai-satun kelas

Keadaan kelas di sekolah ini

thai-satun-pondokj

keadaan pondok pelajar lelaki yang tinggal berjauhan dari sekolah

thai-satun pondok

Bergambar sebagai kenangan

Selesai lawatan, konvoi mengadakan sessi bergambar bersama pelajar-pelajar dan seterusnya menyampaikan sumbangan makanan, pakaian dan wang yang telah dikirimkan oleh Lembaga Zakat Selangor dan orang perseorangan dari Malaysia.

thai-satun-bergambar

sessi bergambar dengan pelajar perempuan

thai-satun-kompas

Menyampaikan sumbangan kompas kiblat

thai-satun-sumbangan

Antara sumbangan yang diberikan

Selesai program di sini, konvoi meneruskan perjalanan ke sebuah kampung keluarga Tengku Kudin, Kedah dan sini konvoi menemuramah penduduk dan salah seorang guru silat yang masih ada di wilayah Satun ini.

thai-kg silat1

 Tiba di Kampung di sambut oleh penduduk

thai-guru silat Menemuramah guru silat sebelum persembahan silat oleh kedua2 pihak

thai-kg silat2

 Wajah-wajah mereka yang fasih berbahasa Melayu lagi

Konvoi kemudian bergerak ke Trang, Thailand untuk berhenti rehat dan bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Catatan oleh Sdr Ponpakya 

Ranong, Thailand

28hb Mei 2011, Sabtu - Setelah bermalam di Trang, konvoi mula bergerak seawal pagi untuk ke Ranong melalui jalan pantai barat selatan Thailand, laluan ini akan dapat dilihat kampung2 orang Melayu bermula dari Trang sehinggalah ke Ranong melewati Krabi, Phang-Nga sehinggalah ke Ranong yang terletak berhanpiran dengan Kra Ethmus di laluan paling sempit di Segenting Kra.

Sebelum tiba ke sana konvoi singgah sebentar di masjid di Kg Takua Pa, untuk bersolah dan mengadakan aktiviti bimbingan membaca jawi dan kelas Al-Fatihah. Konvoi turut memberi sumbangan makanan kepada masjid tersebut.

thai-tekeo-kelasthai-tekeo2
Bimbingan tulisan jawi oleh wakil konvoi

thai-tekeo3

Sumbangan kemanusiaan untuk pelajar di masjid ini

Di Kg Takua Pa ini anggota konvoi sempat mengisi perut setelah seharian dalam perjalanan. Membeli kuih muih yang dijual oleh peniaga Melayu di luar perkarangan masjid.

 

thai-takua Pa

Masjid Ta Kua Pa

thai-ranong pasar2

Kuih muih Melayu Kg Takua Pa

Misi seterusnya hari ini adalah untuk sampai ke Kra Ehtmus sebelum hari gelap yang terletak hampir 800 km dari sempadan utara Malaysia sebenarnya. Melihat sendiri batu tanda sempadan antara tanah Siam dan Tanah Semenanjung. Di sinilah bermulanya sempadan semenajung Tanah Melayu yang terletak di tanah paling sempit di segenting Kra, jarak kira2 50 km antara sebelah timur dengan tanah sebelah barat. Batu tanda sempadan yang terletak di tebing sungai yang memisahkan sempadan politik anata Thailand dan Burma pula.

Kesempatan kami tiba di sini membolehkan kami mengambil foto dan video oleh pihak media Utusan Malaysia, Bernama dan RTM. Puas kami kerena kesempatan itu walaupun terpaksa berpisah dengan rakan konvoi yang laian dalam keadaan hujan lebat mendaki ke tempat itu di daerah Kra Buri yang terletak kira2 70 km dari Ranong.

tha-kra isthmusthai-segenting

Batu Tanda yang terletak di Kra Istmus, Segenting Kra

Rakan2 yang lain 'stop over' di bandar Ronong untuk makan dan membeli keperluan perjalanan.
3 buah kenderaan bersama media ke di Kra Ethmus terpaksa memecut terlebih awal untuk melaksanakan tugas masing2.

thai-ranong pekan

Bandar Ranong

thai-tekeo4thai-ranong pasar

Bersiar di pasar malam di Ranong untuk membeli makanan Halal

Setelah selesai kami semua bertemu semula di bandar Muang Chumpon untuk bermalam dan seperti biasa rakan2 konvoi akan gebang rancak sebelum masuk tidor.

thai-chumponthai-chumpon hotel

Semasa di Chumphon

Aranyaphrathet, Thailand

 29hb Mei 2011, Ahad - Seawal pagi kami telah pun 'check-out' dari hotel untuk menuju ke sempadan Thai-Cambodia iaitu di Aranyaprathet kerana jaraknya perjalanan hampir 800 km. Perjalanan hari ini melalui persisiran pantai dan konvoi mengambil kesempatan singgah sebentar di bandar Cha'am yang menjadi tumpuan pelawat bermandi manda air laut yang bersih.
thai-chaam4thai- cha'am pantai

thai-ca am-makananthai-cha'am

Singgah sebentar mengambil angin di pantai Cha'am sebelum meneruskan perjalanan

Konvoi akan bermalam di Chuphon agar keesokkan harinya konvoi boleh melepasi sempadan ke Cambodia seawal2nya kerana proses melepasi sempadan agak rumit dan memakan masa yang agak lama. Jadi Konvoi hanya sekandar berhenti herat sebentar-sebentar sanhaja menunaikan fardu solah di tepi-tepi jalan kerana perjalanan selepas Ranong, amat sudah menemui masjid dan perkampungan Melayu.

thai-solahthai-solah dijalan

Solah di tepi-tepi jalan sahaja

Perjalanan konvoi amat panjang hari ini dan dalam perjalanan kenderaan BAT11 mengalami masalah wiring, lampu kenderaan tidak berfungsi. Namun dapat diselesaikan oleh sdr Mizi dan Hariri setelah beberapa jam berhempas pulas mencari masalah kenderaan tersebut. Anggota lain pula mengambil kesempatan masak untuk makan malam dan menguruskan hal-hal lain semasa konvoi berhenti di stesyen minyak semasa menanti BAT11 selesai diperbaiki.

thai-bat11-problem

Sdr Mizi dan Khariri memproses BAT11

thai-masak

Masak nasi lauk sardin dan telur menjadi menu selalunya

thai-solah saja

Menunaikan fardu

Konvoi melepasi bandar Bangkok melalui hiway ke Pattaya setelah gelap dan akhirnya berjaya juga tiba di Aranyaprathet pada hampir jam 3.00 pagi dan bermalam di sebuah motel kecil yang berhampiran di sempadan.thai-menghatar berita

Pengarah Program masih berurusan walaupun dalam perjalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *