Lao Bao, Vietnam

Konvoi tiba jam 4.00 petang di sempadan Vietnam/Laos dan para anggota konvoi kelihatan cukup gembira apabila tiba di sempadan. Semuanya ingin melihat kemungkinan baru di sebuah negara baru walaupun kenangan di Vietnam masih terpahat di ingatan, melalui jalanraya yang terlalu sibuk sehingga terasa terlalu jenuh dalam kenderaan bagai satu kepayahan bagi setiap anggota.

viet-sempadan

Tiba-tiba seluruh anggota konvoi dikejutkan dengan panggilan melalui radio amatur di setiap kenderaan, untuk berkumpul segera. Maklumat dikhabarkan bahawa salah seorang anggota tertinggal begnya beserta passport di restoran bersebelahan kedai baiki tayar sebelum ini. Semua anggota jadi panik kerana kemungkinan anggota itu terpaksa dihantar pulang ke Malaysia dengan bantuan kedutaan Malaysia dan kenderaan miliknya kemungkinan sukar melepasi sempadan negara lain terutamanya China yang mempunyai undang-undang yang cukup ketat yang tidak membenarkan bukan pemilik kenderaan memandu didalam negara mereka.

Semua anggota nampaknya saling berusaha menjejaki nama restoran tersebut dan akhirnya salah seorang anggota mengenal pasti nama restoran tersebut apabila nama restoran itu tertera di dalam kameranya, foto yang telah dirakamnya sebelum ini. Ejen konvoi di Vietnam dapat menghubungi restoran tersebut dan memohon jasabaik pemilik restoran itu menghantar passport rakan konvoi yang malang itu ke sempadan sejauh lebih 100 km.

viet-paspost hilang

Pengarah konvoi memutuskan, 8 kenderaan wajar bergerak terus melepasi sempadan menuju ke Savannakhet, Laos dan 2 buah kenderaan terpaksa tinggal di sempadan menanti tiba passport yang bakal dihantar. Sekiranya tiba sebelum jam 6 petang maka bolehlah anggota yang tertinggal melepasi sempadan, sekiranya tidak maka mereka terpaksa menanti sehingga keesokan hari untuk melepasi sempadan dan terpaksa meneruskan perjalanan sehingga bertemu di Vietaine tanpa singgah di Savannakhet.

 jwj_laos_borderview

Pintu sempadan Vietnam-Laos

jwj_4x4_laosborder_frntview

Pejabat Imegresen Laos..sempoi dan tak banyak kerenah

Kisah menarik tersiar di Utusan Malaysia :

JWJ2 memulakan pengembaraan di Vietnam

Usia 90 tahun masih jadi imam]

Savannakhet, Laos

   Konvoi pertama meneruskan perjalanan ke Savannakhet kira2 250 km dari sempadan. Satu pengalaman baru memasuki Laos ini telah melalui kawasan pendalaman sahaja menyusuri perkampungan orang2 asli. Perjalanan konvoi terasa sungguh cepat walaupun jauh kerana konvoi telah diiringi oleh kenderaan ejen dan seorang pegawai polis Laos. Maka konvoi sentiasa diberi laluan ketika berselisihan dengan kenderaan awam.

jwj_grdhandler_laos

Ground handler yang mengiringi konvoi

Akhirnya konvoi pertama tiba di Savannakhet pada jam 10.30 malam dan konvoi kedua tiba pula pada jam 12.30 pagi. Ini bermakna rakan yang tertinggal pasport itu telah melepasi sempadan dan kesemua anggota berasa cukup bersyukor. Konvoi boleh meneruskan ekspedisi dengan keanggotaan yang penuh.

07 hb Jun 2011, Selasa - Sejak awal perancangan lagi, Savannakhet hanyalah tempat persinggahan konvoi apabila tiba di Laos sebelum ke Vientaine. Jarak ke Vietaine, ibu kota Laos ini pula adalah 470 km dari Savannakhet.

Sepanjang perjalanan ini tidak terdapat langsung kampung Melayu apatah lagi masjid untuk dilawati. Jadi seperti biasa konvoi terpaksa berhenti di tempat yang sesuai, di tepi-tepi jalan mengambil kesempatan untuk bersolah.

laos-solahlaos_solah

Konvoi kerap kali berhenti untuk solah di tepi-tepi jalan sekiranya tiada masjid

Konvoi terpaksa berhenti di Savannakhet untuk bermalam dan pada waktu pagi 7hb kesemua kenderaan harus menukar minyak hitam kerana perjalanan telah pun merentas melebihi 4000 km. Pengurusan hotel telah memberi keizinan agar konvoi menjalankan aktiviti servis kenderaan di parking hotel. Kesemua pemilik 10 kenderaan konvoi mengambil kesempatan pula membasuh kenderaan di hadapan hotel, satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

jwj_laos_tukarminyak

jwj2_mizi

Mekanik JWJ2 menukar minyak hitam

Konvoi kemudian meneruskan perjalanan ke Vientaine.

Vientaine, Laos

Sejak berada di Hoi An, Vietnam lagi, pihak konvoi telah dihubungi oleh pihak kedutaan Malaysia di Vientaine menjemput konvoi JWJ2 untuk hadir ke kedutaan Malaysia. Majlis bersama rakyat Malaysia yang berada di sana telah di atur oleh Datuk Duta kita melalui pengawainya, En Shamsul pada selasa malam jam 8.30 malam waktu Laos.

 Rombongan konvoi telah berusaha sungguh ke Vientaine agar dapat tiba tepat pada masanya walaupun jarak perjalanan kira2 470 km. Konvoi di Laos ini cukup bernasib baik kerana jalanraya di Laos agak baik walaupun sempit. Tambahan pula kenderaan tidaklah bergitu banyak berbanding di Vietnam dan Cambodia.

jwj_laos_billboard

Welcome to Laos...agaknya la dia tulis

Konvoi tiba di bandar Vientaine pada jam 7.30 malam dan sempat bertukar pakaian korporat JWJ2 dan pakaian persembahan di sebuah stesyen minyak sebelum menuju ke kedutaan.

Setibanya di kedutaan, kehadiran konvoi disambut mesra oleh rakyat Malaysia seramai lebih 50 orang yang tinggal di Laos. Anggota konvoi sempat beramah mesra selepas ucapan Duta Besar Malaysia ke Laos, Datuk Than Tai Hing, semasa makan malam sambil melihat persembahan kebudayaan dari konvoi JWJ2.

Lagi sekali makanan yang dihidangkan di kedutaan Malaysia cukup menyelerakan. Ada roti canai, teh tarik malah makan nasi dengan berlauk sambal petai yang dibawa khusus untuk majlis malam ini.

Konvoi kemudian menuju ke tempat penginapan dengan diiringi pegawai dari kedutaan.

08 hb Jun 2011, Rabu - Pegawai kedutaan, En Shamsul telah tiba jam 8.00 pagi di tempat kami menginap. Tujuan untuk membawa kami makan pagi di restoran Islam di bandar Vientaine dan kemudian melawat ke dua buah masjid yang berada di bandar ini. Sebuah masjid milik jemaah Melayu Champa dan sebuah lagi milik jemaah India Muslim. Sambil beramah mesra dan menjalankan program pengajian jawi dan bacaan al-Quran, pihak konvoi bergambar bersama dan menyampaikan cenderahati JWJ2 kepada imam2 mesjid.

Seterusnya konvoi meneruskan perjalanan setelah makan tengahari di restoran Islam bersebelahan sungai Mekong yang menjadi sempadan Vientaine dan Nong Khai, Thailand.

Destinasi selepas ini adalah ke Luang Prabang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *