WARISAN | SEJARAH | BUDAYA

SIDANG MEDIA JWJ 4

Penantian selama lebih 5 tahun dalam meneruskan ekspedisi berkenderaan pacuan 4 roda akhirnya diteruskan dengan pelancaran sidang media Program Jejak Warisan Jawi 4. Jarak perjalanan kali ini dilebarkan sehingga ke benua Eropah dan seterusnya ke Jeddah, Arab Saudi merangkumi jarak perjalanan lebih dari 24,000 km.

Masih mengekalkan objektif asal JWJ, perjalanan kembara dengan kenderaan pacuan empat roda ini akan menjalani perjalanan darat yang menjerihkan selama 60 hari dengan melalui 13 buah negara dengan tema "TRADISI DITERUSKAN".

Sidang media akan diadakan bagi menghebahkan kepada masyarakat Malaysia tentang program JWJ ini iaitu sebuah program penjelajahan bagi mengisi misi kemanusiaan, penyelidikan, pendidikan dan memperkenalkan Malaysia dimata dunia.

Disamping itu juga akan diadakan sidang bedah buku "KIAS TERSIRAT", sebuah buku yang ditulis oleh ahli konvoi JWJ2, saudara Herman bin Abdullah tentang perjalanan beliau dalam Ekspedisi JWJ2 pada 2011 hasil dari kajian dan penyelidikan yang dibuat semasa Program JWJ2 yang lalu.

Butiran :

Aktiviti : SIDANG MEDIA dan BEDAH BUKU, JEJAK WARISAN JAWI 4
Tarikh : 9HB OKTOBER 2016 (AHAD)
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 T/Hari
Tempat : DEWAN TUN RAHAH, MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK, KUALA LUMPUR

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

PENGENALAN JEJAK WARISAN JAWI

 jwj2-carsticker2

jwj2Jejak Warisan Jawi atau JWJ adalah satu program jejak warisan, sejarah dan budaya di serata dunia pengkhususan keatas bangsa Melayu dan Islam. Diterajui oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa entiti lain bertujuan untuk menggali warisan dan sejarah kewujudan bangsa melalui penjelajahan ke beberapa negara bermula di rantau asia tenggara hinggalah ke serata dunia, Insya Allah.

Kewujudan kelompok rumpun Melayu ini telah dikatakan wujud sejak lebih dari 40,000 tahun lalu seperti yang didedahkan oleh Ketua Penyelidik Arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman berdasarkan data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Bahkan penghijrahan yang dikatakan berlaku dari Tanah Besar di Utara juga boleh dipertikaikan seperti yang telah didedahkan oleh Prof. Madya Dr. Zafarina Zainuddin hasil penyelidikan ke atas mt DNA manusia dimana hasil kajian membuktikan bahawa bangsa Melayu dari ukuran umur kewujudan mereka adalah jauh lebih lama daripada bangsa Cina dan India. Hasil dari kajian ini telah meyakinkan teori yang mengatakan bahawa manusia di dataran Sunda lah yang sebenarnya telah merentas ke benua-benua lain.

Kewujudan kerajaan Melayu lama seperti Funan,Kedah Tua,Langkasuka,Campa dan Sriwijaya adalah dari bukti kewujudan kerajaan ini hasil dari peninggalan monumen sejarah atau kewujudan negara kota-negara kota Melayu (Malay City-states), prasasti/batu bersurat dan hubungan antarabangsa.

JEJAK adalah satu usaha untuk mengkaji dan menyelidik melalui pemerhatian tentang cara hidup, adat resam, budaya, amalan beragama serta pengamalan kesemuanya ke dalam kehidupan seharian mereka. 

WARISAN adalah peninggalan atau pusaka dari sesebuah tamadun, masyarakat atau orang  yang terdahulu. Justeru, mengkaji dan mengenali warisan bererti mengenali juga apa yang di tinggalkan untuk di ambil teladan dan sebagai panduan.

JAWI yang dimaksudkan di sini adalah menjurus kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, mengamalkan cara hidup, budaya dan adat resam yang tidak lari dari pegangan agama anutannya iaitu agama Islam. Persamaan dari segi pengamalan cara hidup beragama, adat resam dan budaya adalah elemen-elemen yang perlu diambil penting.


 

SEPINTAS LALU – JWJ2

 

"Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

 

Melayu itu kaya falsafahnya

kias kata bidal pusaka

Akal budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara"

Petikan dari MELAYU oleh Usman Awang

 

 

...

JWJ 1

Bermulanya program yang dinamakan Jejak Warisan jawi

LIHAT SINOPSIS

JWJ 2

Kesinambungan program hasil dari Program Jejak Warisan Jawi 1

LIHAT SINOPSIS

JWJ3

Program jejak warisan tanpa kenderaan 4x4 ke kepulauan Indonesia

LIHAT SINOPSIS
Jejak Warisan jawi (JWJ) adalah siri pengembaraan sekumpulan anak Melayu ke serata dunia dengan misi untuk mengenali, menyelidiki dan membongkar sejarah masyarakat Melayu dan Islam di luar negara. Dengan melihat sendiri akan kelangsungan hidup masyarakat Melayu dan Islam di seluruh dunia pastinya akan membuka mata dan minda untuk menjalin tali silatur rahim sesama umat. Disamping menghulur sedikit bantuan, persembahan seni dan budaya Melayu juga dipertontonkan sebagai satu usaha memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat dunia yang jauh di pendalaman dan masih lagi jauh dari modenisasi. Diharapkan melalui program JWJ ini nama Malaysia akan dikenali oleh mereka yang masih lagi terasing dari dunia yang serba moden ini.